ada-
masa isi minyak dengan acu, acu mintak tolong abang stesen minyak ni isi angin kat tayar.
nampak macam 20 an la. manis-manis sahaja.
dia buatkan keempat-empat tayar.
bila dah sudah, acu hulur lima ringgit.
acu cakap, buat beli air.
tanda terima kasih sebab tolong dengan manisnya.
tapi dia tak ambil.
beria-ria dia lari elak-elak bila acu paksa dia terima.
akhirnya,
dengan senyum yang paling sopan,
dia cakap kat acu, "takpe. dah memang kerja dia."
lepas tu dia senyum lebar-lebar,
kembali bertugas tanpa ambil duit yang acu mahu kasi.
walau cuma jaga pam stesen minyak.
pekertinya nampak.
ah, rupa-rupanya masih ramai pria berbudi di luar sana.
masih ada.
2 comments:
berkenan lah tu..:P
choi hahah
Post a Comment