Friday, August 12, 2011

A Long Goodbye



Hai.

Lama tak bercerita di sini. Ceh, seminggu pun lama ke? :D

Sekarang ini, aku rasa yang aku sangat sayang sayang sayang tahap tinggi hingga ke angkasa; kanak-kanak 4Rocks sekalian! Mungkin, mungkin aku tak pernah mimpi yang aku akan cakap macam ini tika empat-lima bulan yang lepas. Sebab, waktu itu lah titik permulaan hidup aku berubah. Kui kui kui, engkau tak akan tahu rasa berpisah dengan mereka yang sangat disayangi, engkau tak akan tahu makna merindui sesuatu yang engkau sudah membiasakan diri hidup di dalamnya dan engkau tak akan faham rasa hidup yang telah ditabur dengan perencah berlainan sekiranya engkau tidak merasainya sendiri. Segalanya berubah, dan dari situlah aku mula mengerti makna pancaroba kehidupan :)

Kalau dicheck kembali entry-entry aku pada zaman itu, themenya adalah struggle to survive. Seperti macam mana peritnya Rose, seorang gadis buta yang terpaksa struggle menjual bunga kat railway station semata-mata untuk membiayai pembedahan matanya dan kos ubat ibunya yang sakit. Okey, kalau korang budak tingkatan empat... sila bukak buku literature bahagian cerpen yang bertajuk Gulp & Gasp. -_-"

Tapi, itulah... sekarang aku percaya bahawa masa boleh menyembuhkan segalanya. Nah, mungkin kenangan akan pudar dan tak akan dapat dipadam... tapi, kepudaran itu kadang-kadang dapat menolong menyembuhkan kerinduan terhadap masa-masa lalu. Oh, apa yang aku tahu... kita tidak boleh hidup dalam kenangan.
:D Masa itu beredar dan selayaknya itu juga kita perlu terbang mengikuti peredarannya.





* * * * * *


Waktu pembentangan komsas BM; kali ini cikgu yang bentang. Tajuknya Syair Siti Sianah. Okey, dan kitorang asyik gelak aje sepanjang masa itu.

Satu; Ajwad bangun dan baca satu rangkap syair itu. Dan, dibacanya lagi.. "memakai camera berjela-jela". It supposed to be 'cemara'. Lepas itu semua gelak ramai-ramai.

Dua; Nick. Bangun dan baca.. bila ada sebutan 'S'.. dia akan bacakannya agar berbunyi 'Sh'. Well, semua gelak lagi as we knew what the hidden meant was. XD

Keesokannya harinya; giliran Epa dan Hana yang bentangkan tajuk Seloka Emak Si Randang. Masa dah habis dan cikgu perlu bergegas pergi ke bangunan tingkatan lima. Uhuuu, cikgu suruh Epa teruskan aje. Well, ini kali pertama kami buat tanpa cikgu. Dan, hasilnya... seronok!


Tetibe bebudak ni jadi hyperactive... dan Epa pun bersemangat pelik je nak bentang haha. Best laa buli Epa waktu tu. Then, ketika kami sedang menulis... Epa tanya, "Shiap doh ko?"

Ops. Memang rasa nak pecah perut!




 Kelas dah bising dengan tawa, Si Dia yang tengah duduk pun buat muka tak puas hati sambil cabut kasut dia lepas tu diangkatnya tinggi-tinggi ala-ala nak lempar ke arah Epa. Jangan dicabar kesabarannya, kata si Dia sambil gelak. Aku panggil Epa, lepas itu kasi 'ibu jari' XD. Tabik laa Epa. Haha.


* * * * * *


Asyik gelak aje bila duduk di belakang S. Aku pun tak tahu dia kena angin apa sekarang ni tapi kehadiran betul-betul menceriakan hidup aku dan kami sekelas. *bermain angin* XD

Terima kasih, untuk senyuman dan gelak tawa.
Dan, cool laa siket. Cute kan kalau aku panggil mu...'gelaran itu'.
Haha, since you're my best friend.. so, aku harap mu tak kisah! :)
Smile, Simple. ^_^

Oh, dan 10 Ogos lepas... birthday salah seorang kesayangan hati aku, Baby Epa.  Hihi. Rasanya aku sorang je yang panggil dia baby. Haha, kalau dulu memang dia lempang je pipi aku bila aku panggil dia baby. Sekarang, dari jauh aku panggil "baby!".. terus dia datang ke tempat aku.

Haha, baby.. aku sayang mu. Mu lah baby yang paling aku sayang. Baby lain, aku campak tengah laut je. Tapi, mu... aku taruk kat hati!~ Fine, dah tak maskulin aku bila buat ucapan macam ni uhuuuks XD




* * * * * *


Hai orang di sana, semalam tido kat rumah Tok. Best, dah lama tak tido kat sana. Jangan jealous tau! Oh, dah penat dah tunggu orang di sana mengupdate belog. T_______T Sampai hati buat Gua menunggu. Lu janji apa dulu? Kalau Gua update, Lu update jugak kan? Sekarang, janji hanya tinggal janji. Siap Lu nanti Lu balik. Gua kasi hadiah best punya.

PS; Rindu nak 'wrestling' sama-sama. Since Lu takde, Gua pun dah jarang gaduh dengan adik-adik Lu yang lain tu. Sebagai kakak yang matured, Gua rasa Gua dah mula jadi baik macam Lu lah. Haha. -_-'


* * * * * *


Minggu ini memang penuh dengan kegembiraan rasanya. Alhamdulillah, keberkatan Ramadan. :D




* * * * * *

 PS: Minggu lepas, cg zawahir dah pergi. Tergesa-gesa sebab dia dapat panggilan bertugas kat sekolah baru. Waktu tu, kami berkumpul kat depan lab physics. Nampak cikgu turun tangga, dan lambai dia. Lepas itu, Pqoh cakap.."pergi laa salam cg, cg nak pergi dah." Aku pun macam, "korang gurau ke?"... Unfortunately, diorang tak gurau. Diorang pun baru tahu tadi. Ah, pergi dekat cg.. salam. Sebak, mata dah berair. Cakap kat cg, siapa nak ajar Bio lepas ni? Aku baru je semangat buat nota kaler-kaler. Cg Junita lambat lagi nak habis cuti -_-' Rasa best sangat belajar dengan cg. Cg macam kitorang... dia muda dan dia faham perangai kitorang. Cg, surely I'll miss you! :) Nak belajar Bio sungguh-sungguh lepas ni~


Masa tu jugak, baru aku perasan aku tengah pegang kamus BI. Erk? Semua gelakkan aku. Entah macam mana aku boleh TERbawak turun mende ni. Alaaaaaah, apa kena dengan Sya Izz ni? Pergi lab phy bawak kamus BI. Mentang-mentang baru habis belajar BI~ Cis. Tak pasal-pasal kena gelak dengan bebudak ni :P


2 comments:

your sis said...

well..i mmg baik pun..x kan x tau baru tau kot..:p

Sya Izz said...

menyampahs, boooo XD