Assalamualaikum ! Wahai diariku , rindu tak dekat princess Sya Izz ? :D
Waahaha , hurm . Semalam nak sangat update blog tapi memang sibuk betul semalam . Sangat-sangat . Tidak pernah ku rasa begini . Ohooo , kejap-kejap ! Sebelum hendak bercerita tentang hari ini ... Daku nak bercerita tentang hari semalam . Waaa . :)
200410 , selasa .
Hari ni macam biasa . [ ayat klise , heh3 ] . Tapi , yang best masa petang . Huhu . Kenapa aku dan kawan-kawan asyik jadi budak-budak
jahat nakal ?? Hahaha , kenapa aku cakap maam itu ? Huhu , sebenarnya
[ Stroberi's ] sudah mengulas lanjut ... Tapi , aku tetap nak cerita . Hehe . Petang itu sepatutnya waktu koko , kelab . Tapi , tak ada sebab ganti dengan ceramah tentang pengguna .
Huhu , dalam pukul 3 . Memang kosong bangunan . Semua pergi surau untuk program itu . Tapi , gurls comel yang terdiri daripada Meny , Jieja , Zaty , Myrah duduk dalam kelas . Atas alasan menghias kelas . Well , memang . Kami mengecat tulisan semua A matlamat 3 ibnu rushd di dinding kelas . Punya lah tinggi . Panjat meja dan kerusi lagi . Hohoho . Tapi , sweet sangat . Tapi itulah , bila pukul 5 gitu , ada sesetengah budak dah keluar surau ... Kami pun blah juga . Sempat mengemas dulu . Huhu . Kami akui , kenapa kami jadi nakal sebegitu ? Wakaka . Gurls ni!
Oh yaa , kelas isnin malam hari itu sepatutnya ada kelas Geo tapi cg Aya tak sihat . So , ganti dengan cg math . Memang malam tu , mood aku merudum teruk . Kah , kah , kah . Memang tak boleh nak fikir . Lagipun , selalu biasa dengan cg rose , tapi malam tu dengan cg saidah . Nasib baik ada Nadia dengan Nije laa tolong ajar . Waahaha . Dulu , aku cinta secinta-cintanya math . Tapi , sejak naik form 2 ... Bila markah aku naik turun mendadak tanpa skala , aku jadi blurr . Semakin hari hati aku sukar memberikan cinta buat math . Cinta itu semakin mendalam buat Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab . Bila pernah result aku teruk , aku jadi down .
Tapi , boleh naik pula selepas itu . Aiesh! Aku pun tak tau . Dan sekarang , aku semakin menanamkan semangat cintakan math dalam hati aku , meski perasaan itu semakin tiada wujud . Waaahaha , aku ni jenis cepat mengalah bab kira mengira . Bila dua tiga kali kira tetap salah , memang akan hampir menangis mataku . Nasib baik ada kawan-kawan tolong ajar . Wallaweyhh , naik semangat aku ! Huhuhu . Moralnya di sini , seimbangkan hati . Jangan hanya cinta bahasa . Haha , tapi serius . Bahasa memang jiwa aku :)
Balik rumah , solat .. mengaji . Then , duduk depan meja study . Buat PEKA sains . Alih-alih . Eyh ! Apasal dah pukul 6.20 pagi ni ? Waaahaha , jom ke sekolah . [ Tamat ]
210410 , rabu .
Datang sekolah dengan gembira dan tenang :) . Pelajaran pertama hari ini ialah PAI . Kemudian , Math . Teacher Rose masuk sambil cakap ' wow . Bagusnya kamu semua . ' . Hehehe , sebab ... Ini adalah pertama kalinya kanak-kanak Rushd menutup mulut . Asyik buat kerja Math . Hahaha . Itu macam sesuatu yang tidak boleh dipercayai apabila melihat kanak-kanak Rushd menjadi kanak-kanak paling sopan dan ayu di dunia . Wakaka :P
Lepas rehat , masa sains . Buat eksperimen . Pasal bab earth and it resource . Buat eksperimen pasal apa nama eh ? Hehe , tak ingat apa nama . Lepas tu , masa BM masuk maktabah . Buat karangan komsas tentang perbandingan Timulak Kapal Perang dengan Ekspedisi . Waahaha , enjoy saja . Lepas siap kerja , sementara menunggu waktu solat ... Sempat jumpa ustzah Hanifah sekejap . Cakap pasal nak ceriakan maktabah laa . Hahaha :0
Masuk kelas , masa BA . Ahaa ! Ustazah sangat cantik hari ini . Hehe , berseri-seri . Kemudian , kelas tambahan PAI . Lepas tu , terus pergi maktabah balik . Nak buat nama spesifikasi rak . Masa itu , ustazah bagi tiga kertas warna suruh pilih . Punyalah berebut dengan Syadid . Syadid nak warna kuning muda . Aku nak warna oren . Last-last ustazah berkenan warna kuning pinang . Kuning ala-ala gelap keorenan sikit . Wakaka . Nasib , nasib . Sepatutnya aku yang kena buat dekat PC . Tapi , aku suruh Syadid buat . Huhu . Malas . Hehe . Ustazah dah balik . Kak Yah pergi bank . Kami kena buat kertas - kertas itu .
Mula-mula ingat nak suruh buat bentuk awan - awan . Bincang punya bincang ... Akhirnya pilih yang dah ada kat komputer tu . Tapi , yang tak bestnya .. Aku juga kena taip . Waahaha . Mula-mula print , sangat kecil . Nak print sekali lagi , aku pergi guna kertas yang dah ada kedutan-kedutan dan tanda-tanda penuaan . Hahaha , terus si printer yang manja tu merajuk . Memang tak boleh nak print . Aish ! Sabar-sabar . printer tu memang gedik sikit . Manja je . Haha .
Kami pun buat laa dulu . Tiba-tiba try print .... jadi ! Yeayyy . Dan buat satu-satu sampai lah siap . Akhirnya . Memang lama laa buat yang tu . Nasib baik mulut asyik pot pet pot pet masa buat kerja . Ehehe . Lepas print , keluar . Ustazah dengan Syadid tengah try sticker . Aku dengan other boys tengah menggunting . Lepas tu , barulah pulang ke rumah . Pokoknya , memang mulut aku tak henti-henti berbicara sejak dari tadi lagi . Aku ni memang , siapa yang kenal aku ... Diorang aku tahu betapa tidak pemalunya aku . :D
Okay lah . Sesungguhnya , aku memang tak dapat menahan diri daripada menulis dan terus menulis . Menulis jiwa aku . Kalau aku tak menulis , aku akan jadi sangat tak tenteram . Haha , mungkin hanya coretan yang tiada berfaedah untuk sesiapa yang membaca tapi bagi aku , sangat berharga . Sebab ini adalah memori aku .