Thursday, April 15, 2010

Mari belajar ikat tie ,


Salam rindu diariku ..

Hehehe , aduh ! Betapa rindunya dekat [ cokelat's ] . Hak , hak , hak . Tapi , selalu saja tak sempat nak update [ cokelat's ] . Dan sekarang ni setiap malam aku ada kelas . Hoho . Isnin , selasa , rabu .. Kelas malam dekat sekolah . Jumaat , sabtu .. Kelas dekat tuisyen . Dah laa asyik kelas aje . Adeih , penat . Penat , penat tapi seronok ! Rasa macam lebih bertanggungjawab bila sibuk . Ahaksss .

Okay , tadi lepas rehat masa sains kan . Cikgu tak ada . Jadi , duduk atas kelas . Masa tu semua macam tak ada mood nak belajar . Maklumlah , lepas rehat . Rasa macam nak main , nak berbual . Hehe , tapi aku dengan jiejie jadi gila - gila budak sikit . 

Heh2 , jiejie ambil tie izat . Then , jiejie try nak pakai sendiri . Haha , pusing punya pusing . Pulas punya pulas . Haihh , tetap tak jadi . Hehe , biasa laa . Then , aku pula try . Pulas situ sini . Suruh Izat cakap macam mana . Then , Razi pun tolong buat demonstrasi guna tie Razi . Haha , aku asyik gelak je tadi . Memang hampeh bab ikat mengikat ni . Tapi , tengs to budak berdua tu laa sebab sekarang aku dah reti ikat tie . Wakaka . Sangat budak - budak tadi warga Rushd . Memang tak sedar . Yup , tak sedar yang kitorang dah besar ...

Sebelum tu , masa math . Cg bagi kertas suruh buat . Ada 15 soalan . Algebraic Formulae . Waduh3 , mula - mula memang tak ada semangat nak buat . Huhu , tambah-tambah bila rasa macam susah je sebab masa teacher mangajar aku tak bagi perhatian sangat . Then , si Izat menyibuk kutuk aku . Hahaha , baso sungguh kawan aku tu . Ohoo , fine . Aku rasa macam tercabar laa seposen . Ingat aku tak boleh buat ? . 

Okay , aku senyap . Fokus , dan buat semua tu . Alih-alih , aku yang siap cepat . Waaahaha . Senang saja rasanya . Then , aku fikir . Kalau aku nak , mesti boleh . Tekad tu penting . Yang penting , aku tak mengalah walaupun masa tu aku rasa nak lempang aje budak izat tu . Hehe , nasib baik dia ketua dan kawan kesayangan aku . Hohoho . Kalau tengok muka aku tadi , memang serius . Khusyuk gitu . Hahaha .


Petang pula , stay dekat maktabah . Kena hias rak . Wah ! Rak sudah bertukar warna daripada biru kepada hijau . Hehe . Syadid pula asyik sebut nak kuning , kuning . Haha . Then , sempat laa borak - borak sambil buat kerja . Last-last , bila kerja melekat sudah hampir selesai , aku pun pergi duduk dekat kerusi tempat baca papers . 

Ada Syadid , Adham , Fathi . Waahaha , sibuk bahas pasal warna , corak . Dengan Fathi pula , siap jadi ala - ala deko gitu . Interior designer laa katakan . Kah3 , lembut semacam je kitorang cakap . Well , sampai Adham cakap ' geli aku tengok dua org ni cakap' . Haha , tak baik punya . :) Kitorang jadi ala - ala sweet interior designer yang berpengalaman lorh . Sempat lagi tadi , ada sesi betulkan nama dan disebut denga harakat yang betul . Haha . :) Sempoi sungguh senior aku yang f5 . Diorang rocks dan sweet , macam k izwah , k jann . Hihi .

Hoho , malam tadi pula ada kelas sj . Cg mari lambat sikit . Hehe , sempat lagi merayap dengan jiejie dan nadia . Waahaha , kami budak paling ayu . kah3 . Eh , lupa nak cakap .. tengs kawanku , S sebab bagi hadiah buku kecil cercorak bear . Waahaha , buku itu aku guna untuk tulis cebisan kata-kata yang hadir dalam hati aku . Dan , terima kasih daun keladi . Kawan selamanya . 

Tamat sudah cerita hati hari ni , jadi ... [ cokelat's ] ... memori itu sentiasa di hati . :)


No comments: