Wednesday, April 28, 2010

Sirih junjung sirih hantaran ,


Salam sayang , setulus cinta.

Hurm , hari ini sudah 28 April . Ahaa . Sudah bulan empat . Buat diriku , sila sedar ! Hehe . Hmmm , hari ini buat pembentangan wawancara BM , Hihi . Aku dengan Jiejieja kesayangan . Uhuksss . Kami menemuramah pengerusi kelab pencinta alam malaysia tentang kempen ' Malaysia Mencintai Alam ' . Ohoo , dapat markah 36 / 40 . Paling tinggi Fatin dan Nabilah , 37 / 40 . Ahaksss . Kira okay laa tu . Sempat lagi berpantun kat depan tu ,

Sirih junjung sirih hantaran ,
Adat melayu datang memetik ,
Bicara tuan ada kesedaran ,
Pastinya keinsafan akan berputik .

Masa Sn rasanya tadi cikgu kesayangan tak dapat mengajar sebab terbabit dengan pertandingan bola baling . Hurmm , buat kerja sendiri . Aku buat math sambil berbual-bual dengan I M dan Irsyad juga Adik bongsu . Kah3 . Hurmm , fatin dengan nabilah buat kerja diorang . Tirah dengan Mira . Yang lain berkumpul kat meja belakang , buat kerja diorang sendiri .


Petang tadi best laa . Lepak dengan geng . Hahaha , keluar masuk kelas dengan P3Q2L dan AA . Huhu , sedap je masuk kelas orang lain , kemudian komen dan bandingkan dengan kelas masing - masing . Ahaaahaha .Best lepak dengan Qilah . Kemudian , sempat buat kerja PSS , main print2 dan laminate tadi . Ahaksss :)

Okay lah , perlu pergi sekarang . Hari ni sememangnya ceritera sungguh variasi . Huhu . Perlu berhenti dulu . Malam ni ada kelas dongs . Kelas sn . Ahaksss . Dan , sila jadi budak yang lebih rajin dari hari ini . Moga juga imanku bertambah dari hari ke hari . Amin :)



No comments: