Thursday, April 29, 2010

Love For Allah


Assalamualaikum , buat bidadari dan arjuna bakal penghuni syurga ..

Alhamdulillah , kehidupan sehari-hari diteruskan dengan indahnya . Heeee . Ehmm , nak cerita ni . Semalam , tidur dekat pukul 1 pagi . Huhu , sebab buat pembentangan BM Komsas . Ahakss . Balik kelas malam , kemudian dalam pukul 10.45 sampai lah dekat pukul 1 pagi buat slide show Wanita Zaman Ini dan Raja Bersiung . Ahaaa ! Padah bila buat kerja last minute , haih ! Perangai yang tak berubah - ubah .

Hasilnya , bangun pagi pukul 6.35 . Ahaha . Pergi sekolah , masa PJ dulu. Uhuu , memang 'suka' laa rasa sebab bersemangat betul ni pergi ambil segala jenis bola dan raket dalam kereta cg Asiah . Last-last , bilik sukan tak buka . Tak boleh pam dan ambil bulu tangkis . Waaa ! Akhirnya , tak main pon . lepas tu , masuk makmal . Hmm . Buat pembentangan , tapi ! kumpulan aku tak sempat pon . Ahaaa ! Tapi , tak menyesal laa buat . Berbaloi-baloi walaupun minggu depan baru bentang pula . :)

Masa ps buat kerja sendiri . hehe . Aku jadi rajin sikit . Bawa keluar habis semua buku latihan yang aku buat . Sekejap buat geo , sekejap math . Ahakss , tapi kejap je laa buat , Lepas tu , turun ke kantin . Masa Geo , R pergi T . Masa kelas Geo , Ya Allah ! Memang berhempas pulas aku . Hahaha , berhempas pulas menahan mata daripada tertutup . Mengantuk sangat - sangat . Sampai dua kali kepala terhantuk dekat kerusi depan sebab terlelap . Aduh ! Huhu .

Masa PI pergi maktabah . Ahaa ! Buat latihan PI . Ustazah bagi soalan sebab ustazah tak ebrapa sihat hari ni . Jadi , aku pun dengan mengantuknya pergi duduk dekat meja jepun kat belakang sekali . Haha , panggi meja jepun sebab meja tu pendek aje dan kena duduk bersila . Ahakss . Tak tahan sangat ! Akhirnya , terbaring jua aku di atas lantai perpustakaan yang dihampar dengan tikar getah itu . Haha , aku tak tahu ebrapa lama aku tertidur . 15 minit sebelum habis masa baru tersedar . Best tau . Sejuk je lantai itu . Hahaha .

Okayh , itu saja cerita hari ini . Malam ini ada tuisyen math . Yeayyy ! Love it . Hmmm , salam sayang buat semua ...

2 comments:

Aiza said...

eceh.. hahaha

Sya Izz said...

hehehehehehehehehe , waww ,, aiza here ! :P