Selamat pagi.
Hurmm, lepas ni nak pergi rumah Ayah Chik. Yeahhhh, jalan jalan cari makan. HAHA. Che Ma pun still ada ni. Hehe, bestnye kan bila dapat kumpul ramai ramai macam gini. Happy forever. hehe, aku tak tau nak membebel apa kat sini.
Hua hua hua.
Takde cerita yang nak diceritakan.
Hari hari sama aje.
Macam ni laa bila cuti sekolah.
Nak membaca, malas. Konon konon cuti masih panjang. Hehe, memang masih panjang pun. Baru bulan sebelas dah ni. Yang tak bestnya, tahun depan aku pergi sekolah sorang sorang. :(
Kakak aku kan dah tamat pengajiannya di sekolah menengah. Budak es pi em laa katakan. Huk huk huk.
Yang bestnya, dapat balik sekolah ikot suka hati aku. Haha, kalau tak.. pagi pagi mesti gaduh gaduh dulu sebab nak balik sekolah pukul berapa. haha, aku jenis duduk sekolah sampai tak ingat dunia. hehe, suka bebenor balik lewat. Kakak pula jenis gadis melayu terakhir auwwww. suka bebenor balik awal. Haha.
Itu pun nasib baik dia form 5. Semedang je ade kelas. Haha, semedang = selalu. Ate, pengaruh baca Baju Pengantin Mak Andam laa ni teman reti kabo Perak ni. Ate = Habis. Giler tol laa, hehe.
Ehh, so dapat laa balik petang petang. Hehe.
Tapi, aku rela gaduh hari hari sepanjang waktu asal dia tak habes sekolah. Asal dia still kat situ. Hua hua hua.
Siapa nak telefon my papa cakap kami sudah pulang dari sekolah ni?
Dengan siapa aku nak mintak duet ala ala ceti haram ni?
Dengan siapa aku nak gadoh kat sekolah?
Huwaaaaa, biasa je kitorang gadoh kat sekolah. Terutama, masa waktu solat kat surau. Haha, rileks rileks rileks :P
Tapi, memang tak boleh bayang laa senior senior 93' dah nak blah. Seumur hidup aku, diorang laa paling gempak tahap tak ingat. Kawan kawan kakak dah macam kawan kawan aku. Steady rocks aje. Haha.
Di mana aku mahu curahkan kasih sayang, jika diorang takde?
T_T
Hehe, aku sayang giler!
memang tak boleh nak sebut laaa nama nama diorang yang ramai tuh. semua baek baek dan kepala gila gila. kadang kadang macam putus fius pun ade, hahaha.
syadid, deli, fathi, limin, adham, azran, sya ish, muhai, nahdi, sainy, akim, payed, badruz, kak farhah, kak gra, kak syiekah, kak zawani, kak dibah, kak fana, kak baiyi, kak pubuki, kak suha, kak noha, kak nadina, kak syaima, kak palah, kak atin zati, kak zatul [sape lagi ea aku tak sebut nama? hehe, tak perlu sebut kat sini pun takpe, asal sentiasa ada kat hati ni]
:D
Huhu, giler giler sayang diorang.
<3
Ish, tak mao masuk episod sedih la.
Haha, okay.
Dah habis melalut, teman chaw dulu. Kalo kome rajin, jenguk laa belog teman semedang. Haha.
Pssstt : gambar = perhentian island