Saturday, July 31, 2010

Akkir, Izzat, Aiman, Jihah, Sya Izz dan Cikgu Aya.


Alhamdulillah.

Sangat bermanfaat kelas Geografi petang ini.

Kelas terakhir kami.

Muzakkir, Izzat Aya, Aiman Azzim, Najihah, Sya Izz dan Cikgu Aya.

Sempat cikgu cerita, bagi nasihat. Dan yang aku ingat..

'PMR tak penting sangat sebenarnya dalam hidup. Yang penting, kat sana nanti. Tapi, PMR ni satu jambatan untuk kita dapat kejayaan. Kejayaan nanti untuk akhirat sana.. Belajar kerana Allah'

Hm, lebih kurang macam tu laa. Cikgu pun bagi nasihat.. Pasal jadual dia dulu masa kat universiti..

Lepas maghrib tidur, kemudian bangun pukul 2-3 pagi. Ye laa, kalu bangun semata-mata nak study.. Malas. Tapi, kalu benda wajib ni tak buat lagi.. Automatik macam ada orang gerak kan? Ye dok? Lepas tu, solat tahajud.. Solat taubat, solat hajat.. Then, baru segar nak study. Then, menghafal dan buat apa-apa yang patut... Petang lepas balik sekolah, boleh tidur kejap..'

Lebih kurang gitu. Tapi, kalau kitorang.. Dalam pukul 1030 boleh tidur.

Cikgu Aya pun tambah..

'Allah sayang sangat dengan orang yang sanggup bangun malam semata-mata nak menghadap DIA. Allah bangga dengan orang macam tu.'

:D


Cg Amin, Cg Jani, Kisah Kami


Assalamualaikum.

Semalam, kelas tuisyen terakhir Sejarah, huhuhu. Sebak nya, hurmmm. Tapi, semalam.. Memang enjoy sangat! Gelak sakan dengan cikgu. Gurau-gurau.. Cikgu pula jenis menyampuk kami cakap, selamba aja. Hahaha. Ada tu, sementara menanti orang lain kan... Aku pun cakap macam ni
'dengar belako adik-adikku sekalian..'

Hahaha, sampaikan cikgu buat muka suspen. Dengar aku nak cakap apa.. Haha, aku pun buka kotak pensel dan keluarkan dua biji pemadam cap stabil0 dua posen satu. Hahaha.

'tengok ni! Aku ada dua butir roba, baru beli takdi'

Mata aku pandang Akkir dengan Izzat. Hahaha. Menunjuk laa kononnya. Sebab selama ini aku asyik pinjam pemadam diorang. Sampaikan kat sekolah, baru je aku panggil Akkir.. Terus dia bagi pemadam. Tak sempat aku minta pun. Hahaha, tau tau aje :P

Hahaha. Cikgu pun gelak. Siap cakap lagi..

'Awak ni, abis tea saya tunggu nak oyak gapo.. Suspen benge.. last2, nok oyak ada dua butir roba..haha'

Cikgu, cikgu.. :)

Semalam baru aku bayar duit buku latihan pink. Ngeh2. Cikgu cakap

'awak ni, lama berzaman doh.. ish3'

Aku sengih

'Oloh cikgu, kite kan belajar sejarah.. mesti laa berzaman.. haha'

Cikgu, cikgu.. :)

Sempoi dengan cikgu. Cerita-cerita dengan cikgu. 

Kisah aku dengan Eme gaduh mulut. Pasal tumpang kereta.. Sekarang ni, dia yang lebih banyak tumpang kereta aku. Eme cakap, aku kena tumpang kereta dia pula biar sama adil. Haha. Tiba-tiba, cikgu pun tepuk meja

'Bilo masa awak ado keta?'

Hahaha. Gelak sakan dengan telatah cikgu.

Kisah Aifaa menjerit sebatu boleh dengar sebab nampak lipas kat dinding, muahahaha.

Kisah cikgu baca buku nota aku. 

Lepas tu, cikgu cakap

'Awak ni tulis sendiri ko?'

Aku pun menempik ala-ala Bollywood..

'A'a'

Cikgu pun pun sengih

'Boleh jadi doktor berjiwa sastera ni, haha'

Aku pun buat muka

'Oloh cikgu, bilo kito nak jadi doktor nyo.. Kito nak jadi network engineer. Haha'

Cikgu pun senyum aje. Hahaha. Sebab, cikgu baca sajak puisi romantis dramatis aku kat helaian-helaian belakang buku nota aku. Yang aku tulis waktu aku berjiwang. Ngeh, ngeh, ngeh.

Ada tu, Najihah merajuk. Sebab cikgu suruh dia berhenti bercakap. Muahaha. Bila time Jihah kena baca soalan, dia diam aje. Konon konon merajuk. Budak-budak ni dah gelak. Cikgu pun buat nada memujuk

'Ala Jihah jangan laa ngajuk.. Boleh cakap doh hok ni.. Tau dop, kalo merajuk orang kato cepat tua... Tak pasal-pasal umur 15 tahun jadi 17 tahun pulok..'

Jihah buat bisu. Dia pun tulis kat kertas.. 'tak apo'.

Hahaha, gelak.

Ada part cikgu cerita pasal kisah SRP dia dulu.. 

Cikgu, cikgu.. :)

Bila dah nak balik, aku pandang cikgu

'Cikguuuuuuuu...'

Cikgu tengok aku

'gapo?'

Aku sengih..

'Cikgu.. nok duit rayo'

Budak-budak ni gelak, cikgu cakap

'Oloh, puaso dok lagi'

Hahaha.

Lepas tu aku cakap lagi 

'Cikguuuuuuuu....'

Cikgu tengok lagi

'gapoooo..'

Aku cakap

'byebye'

Cikgu sengih

'ho, byebye'

Ngeee ~ Sob. Sob. Sob. Memang kenangan terindah laa.

Cikgu Amin.

:D

Oh yaa, masa malas Khamis.. Kelas math, cikgu Jani.

Jawab soalan. Aku kan, biasalah bab bab math ni. Rasa nak gigit je kertas. Hahaha.

Ada tu bile tak boleh jawab, aku pun 

'eiiiiii'

Haha, cikgu pun cakap

'janganlah mecok, kekgi cepat tua... tengok cikgu ni.. mana ada tua..'

Hahahaha.

Aku pun senyum senyum dan senyum.

KENANGAN memang INDAH kan ?

Friday, July 30, 2010

ILIM | 30072010


Hari ni hari terakhir ILIM. Kumpulan A mula dengan B Arab. Then, ustazah pecah lagi.. nak bagi perhatian lebih. Maka, sesiapa yang dapat 75 ke atas kena pergi dekat Dewan Ibn Rushd. Haha. Sempat lagi teacher Saidah berlawak, dia cakap jangan pergi sekolah kat kelas Ibn Rushd pulak... Okey, belajar dengan Ustazah kesayangan, ustazah Rohani. Ngeee ~

Rehat, makan kuey tia. Tapi, aku makan sikit je. Hak3. Lepas tu, masa BI. Jadi kumpulan. Buat karangan. Okay, :) . Makan tengah hari, nasi lauk daging kicap dengan sayur. Oo yeahhh, kemudian.. Budak lelaki awal-awal dah blah dengan bas ke masjid. Tinggalah girls bergalok. Sementara menanti waktu zuhur masuk, sempat kami posing dalam dewan itu. Pasang lagu kuat-kuat guna mikrofon. Cakap sana sini. Yang paling best! Bab posing laa, ramai-ramai gitu. Yeahhh, semua orang suka bergambar dan berlawak. Hahaha.

Dalam surau, budak-budak ini dengar teacher Saba bagi nasihat. Sweet, then masuk balik bilik. Lama juga menunggu boys datang. Sementara itu, aku dengan Cipaa tak tahu nak buat apa. Gi mari gi mari. Hahaha. Then, TERberhenti kat tempat duduk Danny. Wallaweyh, ada buku tebal amat. Tajuknya Khalifah-khalifah Allah rasa.. Cerita pasal Abu Bakar, Ali, Umar, Uthman rasanya.. Aku pun baca laa. Haaha, kira Danny halalkan je laa. Cipaa pula baca Imam Syafie pejuang kebenaran rasa... Ngeee ~ Punyalah tekun sampai tak perasan boys dah balik.

Tapi, biasalah.. Boys kan pemalu.. Sanggup duduk luar dewan kejap, tunggu geng diorang ramai... Haha, si pahmi pula masuk gitu je. Pasal dia sangkut baju sekolah kat kerusi tepi aku sedang duduk. Selamba je suruh aku hulur baju dia, hahaha. Then, ceramah;Ahmad Fadzli Fauzi. Gelak. Gelak. Gelak. Haihhh. Tapi, lebih kurang masa-masa tu, aku TERmengelamun.. Waahaha, Atok_Fi tak habis-habis kacau aku. Konon aku kemama lebih. Ceih, nasib aku. :D

Maka, habislah cerita. Sekarang, gambar untuk kenangan terindah :)











































































- Boys! Aku curi amik gambar korang dalam fb. Tak sangka aku boys pun boleh giler posing juga. HAHA. Gelak guling-guling kejap. Ngee ~ Gurau, we're rock ^_^

Cerita ILIM




Cerita kenangan ? Nanti .

:D

Thursday, July 29, 2010

ILIM | 290710


Salam,

Hari ni ke ILIM. Kem, ehemmm. Aku sampai first sekali kat sana. Dalam pukul 7 lebih gitu. Masuk je pagar, nampak Pak Kob. Oooo. My bekas pak guard kat sekolah. Sempat cakap-cakap sikit. Then, Hani datang. Lepas tu Nadiah, Thirah dan Uswati. Sempat lagi kitorang main posing-posing dalam dewan. Haha. Tak ada orang.

Oh yaa, around dalam pukul 8 gitu.. masih ramai yang tak datang. Then, kitorang duduk saja laa dalam dewan. Keluar masuk. Haha. Nak dijadikan cerita.. geng Pp ,Pahmi kacau Danny. Hahaha. Masa tu ada girls je kat dalam. Then, diorang masuk.. Tapi, diorang cepat-cepat keluar. Terkunci laa Danny kat dalam dengan kitorang. Huahuahua. Danny nak buka tak boleh sebab diorang dah pegang tombol kot luar. Haha. Danny nak pergi pintu satu lagi, diorang nak pergi juga.. Pintu satu lagi alik girls. Haha. Punyalah macam budak kecik sorang-sorang. Kitorang yang tengok, gelak aja.. Hahaha. Last-last, Danny gagahkan juga kaki keluar ikut pintu satu lagi, yang ramai girls. Kah, kah, kah.. :P

Then, kita start dengan Math. Ada dua dewan. Satu untuk kumpulan A dan B. Hurm, aku A. A6.. Aku duduk sebelah Bilah. Cikgu bagi soalan math, memang enjoy buat! Best sangat! Kemudian, rehat. Makan mee goreng. Sains pula, tapi boring! Huargggghhhh, haha. Blur, ceih. Sayakan 'sayang' sains. Huh..

Berhenti makan tengah hari. Lauk ayam pedas dengan tom yam.. Solat. Cantik wuu kawasan.. Ngeh, ngeh, ngeh. Waktu Pai, penceramah jemputan.. Ustaz NordinDaud. Hurmm, lawak laa juga! Tak henti gelak. Selalu je ustaz sebut nama Danny dengan Pp.. Pukul 4.40 petang, balik.

Sekian.

Mood : feelingless. Huahuahua. 

Wednesday, July 28, 2010

ILIM


Salam.

Esok pergi ILIM. Kem, ououou.. Tak apa, seberang rumah je. Jalan kaki pun boleh. Muahahaha. :P
Ahad ni, nantikan !

Tak percaya, tak percaya. Hahaha, aku percaya.

Konon-konon sejarah. Huk, huk, huk. Tak apa.

Aku tunggu dan lihat. Wuuu. Wuu. Wuuu.

~ Ngeeee ..

:)

 
Ps ; tadi berbual dengan Cik Hani. Lama sangat. Waaa, rindu ! Kenangan tahun lepas... Hani, kalau mu boleh belah hati aku.. Mu akan tahu betapa aku sayang mu. :D


Tuesday, July 27, 2010

Drama SI [ romantis, dramatis, gramatis ]


Assalamualaikum.

Hak, hak, hak. Hari ni banyak amat peristiwa menarik. Konon-konon menarik laa. Uhuksss. Pagi tadi, macam biasa ada perhimpunan unit. Hmmm, terlepas masa BA. Busy laa, hari khamis ni nak pergi berkhemah dekat Kisana. Waa ! Budak ting 3,5 dan 6 Upper tak boleh pergi. Huhuhuhuhuhu. Terlepas peluang, nak pergi ! Tapi, tak apa laa. Sebab, Ahad cuti. Maka, kami tumpang sekaki ye ^_^

Masa Bi, bincang soalan. Cikgu-cikgu asyik ingatkan pasal trial PMR. Uhuuu. 18 hari lagi. Oo yeahhh. Masa Pi, salin jadual peruncingan. Haihhhhhh, exam exam exam. Kemudian, masa paling tragis, gramatis, dramatis, romantis iaitu Sejarah. Kah, kah, kah. Semalam lagi cikgu cakap nak bagi 'hadiah' kalau sesiapa dapat 48 ke bawah. Ngeee, guess what ? Semua dalam kelas tu kena... Kecuali Nijam. Okay, kita hulurkan tapak tangan dan dushhhhh. Berbisanya rotan. Hahaha. 

Aku pula boleh buat drama cap air mata manja. Haha. Lepas cikgu habis round satu kelas.. Cikgu pun berhenti kat tempat aku dengan Jihah. Kitorang kan sehati sejiwa, maka.. ehmm. Sama-sama kena laa. Memandangkan aku hanya dapat 38 , maka aku kena 10 kali sepatutnya. Omaigod! =_=" . Oh yaa, kami memang tak sempat rehat pun tadi.. 5 minit sebelum masa rehat habis baru keluar. Nasib baik budak-budak ni puasa. Haha. Eh, eh, eh. Sambung drama. Ngeee ~ Budak-budak semua tumpu kat aku dengan Jihah. Ceih, ingat drama atok ko ke ? Hehe. Punyalah menggeletar tangan aku. Habis lama nak hulur tangan aku. Hahaha. Last-last lima kat tangan kanan, haha. Mata aku dah bergenang. Sambil ketawa. Eishh, aku rasa lucu laa. Kali pertama, wakakaka. Nak kata sakit tu tak, tapi aku ni memang lembik sikit. Anti kekerasan, kah kah kah. Terus kecut, memang biasa. Dari kecil lagi, walaupun bukan apa sangat. Ngeee, cikgu sambung kat tangan kiri.. Tapi, 3 kali je cikgu buat. Maybe sebab aku dah buat drama. Hahahaha. Kesian kot. Jihah lagi superb. Bilangan das yang superb dan satu tangan je. Haihhh. Lepas kena tu, terus aku tunduk... tak-ada-perasaan. Budak-budak ini berdiri baca doa, aku tak berdiri. Haha, konon-konon merajuk laa.

Ceih, lepas tu habis kerumun meja aku dengan Jihah. Mc Na first datang, hahaha. Mengadu kot. Budak-budak laki ada yang cakap macam budak kecik laa, ada yang annoyed. Huh, perangai diorang buat aku ketawa. Haihhh, apa kau ingat kau dah tua ? Kita memang laa budak kecik. Ngeee ~ Kemudian, masa BM ada perbentangan. Cikgu Asiah sempat tegur aku pasal peristiwa semalam. Berulang kali juga cikgu cakap muka aku macam muka ayah aku. Ha. Ha. Ha. :D

Lepas tu, masa KH. Budak Nijam sorang tak habis-habis itu aku. Aku pelempang kan, haha. Acah je.. Tapi, boys yang lain baik aje. Tak ungkit pun kisah tadi, konon-konon kesian laa. Tunjuk caring gitu. Ke takut aku buat drama balik ? Hahaha. Atuk_Fi pun konon-konon cakap kesiannya, bla bla bla. Haha. Last-last, aku pergi belakang. Meja jauh dan hujung sekali.

Baca Al Hujurat dan Al Fath. Alhamdulillah.

Lepas solat, actually K Farhah suruh aku handle perjumpaan. Muahaha, punyalah pengecut maka aku tidak buat. K Farhah suruh cakap pasal tugas, bla bla bla je. Tapi, dushhh. Tak boleh sebab ada form 6 atas juga kan. Tak berani laa aku. Kan, orang kata apa pula.. Haihhh. Waktu balik terserempak dengan K Farhah. Sempat cerita-cerita sikit. K Farhah pun cerita gak itu ini. Huhuhu. :P

Malam ni tak ada kelas. Dan, aku mahu pergi study sekarang. 

Sudah siap menaip kisah dramatis, romatis, gramatis pada hari ini. Hari yang terindah ! Love it. Hari yang penuh kenangan. Penuh sejarah. SEKIAN.



Anumar_Asyhar


[ Perempuan Yang Diimpikan ]

Perempuan yang disayangi...
Adalah pencipta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Demi waktu ke waktu... Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang dirindui...
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya bersih dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang dicintai...
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatannya mahal nilainya
Di sanjung tinggi.. Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang dikasihi...
Yang bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang bermata benda

Perempuan yang disukai...
Menjadi diam pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera puterinya
Yang bakal dilahirkan...
Untuk menyumbang perjalanan di belakang hari

Anumar_Asyhar [ AzZikra SMKANI (edi 7 - '09) ]

15 Syaaban


Hari ni semangat baru.

Langkah yang baru.

Azam yang baru

Cita yang baru.

Tekad yang baru.

Keyakinan yang baru.

InsyaAllah

:D

Monday, July 26, 2010

Mahu Membebel


Assalamualaikum.

Wohoaa. Pagi tadi turun ke bawah. Kitorang ambil gambar untuk banner PMR. Hurmm, banner SPM dan STPM dah lama terpampang. Wakaka. Tak aci betul. Ehemm. Waktu BA tadi belajar qawa'ed atof. Ooo yeahhh. Yang mana tabi', yang mana matbu'. Rasanya laa. Hak. Hak. Hak. Petang lepak dekat pustaka. Dengan Eme dan IzatAya, lepas tu Epa dan Mirah datang join. Masing-masing buat kerja sendiri. Uhuuu. Petang tadi, lepas waktu solat.. Asmaq dengan Wani mari hantar kek. Hahaha. Kak Mimi kirim. Ngeee ~ Gembira tak terkata, hahaha ! Sepotong kek yang dibungkus comel dalam kertas yang dilapik tisu. Ahaksss, bahagi dengan Pqah Manaf.

Oh, hari ni juga.. Aku buat kerja gila dengan Jihah.



Saya tak marah. Cuma, tak suka. Erkk, tak berapa. Bukan saya nak tunjuk lagak sebab selalu pakai blazer. Bukan juga nak tunjuk pandai kalau saya cakap kenapa tak pakai blazer. Saya masih guna nada gurau gurau, nada membebel macam mak nenek sambil senyum, sebab tak nak sakitkan hati siapa-siapa. Muahaha. Walaupun saya hanya penolong setiausaha, tapi saya ada hak. Malah, kalau saya tiada jawatan pun saya berhak. Kejap, adilkah saya terpaksa berpanas-panasan walhal awak kamu berdingin-dinginan ? Kalau lebih ramai tak endah, lebih baik lupuskan terus. Tak payah pakai belaka. Kan senang, ingat saya suka ke pakai ? Saya tahu tak siapa suka, tapi kena juga kan.. Kadang-kadang saya pun tak TERpakai juga. Tapi, kadang-kadang. Okay, ingat saya tak boleh memberontak ? Ingat saya tak boleh buat macam awak kamu buat ? Tapi, saya juga akan kena nanti.. acah je Hak. Hak. Hak. Kalau macam tu, lebih saya cakap dekat ustazah biar kita tak payah pakai belaka. Biar adil, biar semua orang berdingin-dinginan. Kalau ustazah merepek atau cakap apa apa maka saya akan cakap, saya tak mahu berpanas-panasan walhal orang lain berdingin-dinginan.. Saya tak suka, kalau orang lain boleh selamba saja tak pakai, kenapa saya mesti pakai ? saya dah tak boleh kompromi. Kalau macam tu, saya pun tak mahu pakai juga ! Tak apa , tak apa. Kita dengarlah kita punya KP[P] membebel lepas tu kita buat dunno, setuju ? Dah, dah.. Dengarlah saya membebel hari-hari. Saya tak akan penat membebel tak kira di tepi jalan, tepi koridor, dalam kelas sebab saya memang suka membebel :)

Okey, SEKIAN.



Ps ; 'berdingin-dinginan'.. ada ke ? hahaha.
Ps ii ; diamkan entry ini. entry luahan.

Sunday, July 25, 2010

Satu Rindu



Faham tak, bila saya kata saya rindu ?










Maka, saya betul-betul rindu. Uhibbukum jiddan

Okey, entry ten minute. Untuk mengembalikan semangat. Hahaha. Chaw, mahu study, sebelum kena cubit ketam mama. Muahaha. Assalamualaikum, may ALLAH bless. Aminn.

Salahkah aku berpesan pada angin ?


Salahkah aku mahu berpesan pada angin ?

Angin! Tolonglah. Bawa warkah ku terbang ke awanan.

Hurm, hari ini tak seceria dulu. Ngeeee. Ya ALLAH, tolonglah pegang iman aku! 

Tak mahu laa asyik turun naik. Huhu. Tapi, dah memang macam tu. Haihhh.

Sya Izz ; mood mencari. Buku BA. Di mana you ! I rindu nak baca you. I mahu belek you. I kasih you. Tolonglah jangan hilang. Suka hati you lah nak lari daripada I hari ini tapi, tolonglah kembali. I nak baca you.. I tak nak kena cincang dengn ustazah. You....

Petang tadi sempat termenung di tangga. Siap duduk lagi. Diam. Dalam dua pilih minit. Ah, membazir masa betul ? Kejamkah aku ? Muahaha. Buat AWAK, aku tak marah awak. Tapi, maaf. Perasaan aku tadi dalam mood kegeraman. Maka, hati.. Aku keraskan. Maaf, tapi aku tak jamin kalau aku nak TERgeram balik kat awak.. Selagi aku belum TERkena cincang dengan ustazah. Harap awak faham. :)

Okey, Sya Izz sedang muhasabah cinta. Tolong diri sendiri.

SyaIz kena sedar diri. Yaaa, jangan jadi budak kecik. Macam Zahir cakap tulis, semuanya kena disiplin. Hurm, dah. Dah. Aku hanya mahu menulis. Riwayat aku. Hehe. Fb dah aku tinggalkan. Si Ungu hp pun aku rasa nak tamatkan riwayatnya! Ohoho, tak ada lah. Dengar sini wahai Si Ungu, aku tak mahu guna you. Aku dah malas. You, I cuma mahu pegang, main sama buku je sekarang. You fahamkan... I cuma akan ada buku dan blog buat masa sekarang..

You jangan cemburu tau. I tak akan pernah dapat hidup tanpa blog. Bak kata  

Atok_Soul; That's SyaIz's passion.

Muahaha. Oh lupa! Aku ada dua orang atok.

Atok_Soul dan Atok_Fi.

Kah. Kah. Kah.

Tak pe kan, tak pe kan? .. Eh, sambung bab blog. Sebab, di sini I mencurah rasa. Dan, I tak akan terikut-ikut dengan sesiapa. Tak akan lagi ada polisi menjaga hati. Muahahaha. I bukan nak jadi jahat tapi I ni bukan baik sangat. Ngeee ~ 

Sya Izz, up up and away !!!

Ps : Tukar kejap warna blog. Biar simple sikit. Dan, tak gelap. Muahaha. Aku jamin, sekejap saja.

:D


Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.. Butir-butir cinta air mataku, teringat semua yang kau beri untukku.. Ampuni khilaf dan salah selama ini.

Ya Ilahi, muhasabah cinta.

Saturday, July 24, 2010

Warkah Cinta Berbau Syurga





Hai! Selamat pagi.. Budak ini tak sedar diri.. Haha. Baru aje habis baca novel Warkah Cinta Berbau Syurga. Ngeee ~ Semalam baca sikit, pagi ni baca sikit. Dan, best amat buku ini! He. He. He. Aku tertarik dengan cover dia! Cantik. Comel. Ros. Waahaha. Masa tengah baca, asyik tengok je cover depan dia. Comel amat amat.

Amir Mukhlis. Wardah. Balqis. Cerita ni sedih. Ending dia...

'Wardah..'

'Balqis..'

Maafkan aku.

Huhuhuhu. Tersentuh juga laa. Banyak ada info dan buat aku berjaya selami Amir Mukhlis. Wardah cakap dia ego. Tapi, kadang-kadang aku geram juga dengan Amir. Tapi, waaaa! Dah. Dah. Baca sendiri.. Haha. Sob. Sob. Sob.

Waduh. Waduh. Rasa nak buat koleksi je buku ni. Sesuai untuk lelaki, perempuan remaja. Hak. Hak. Hak. Betul..

Aiyooo. Sudah terpengaruh dengan Izzat, haha. Actually, daripada dulu lagi dia asyik cerita pasal novel ni.. Dan, ustaz dia. Dia cakap, ustaz ni laa dia paling sayang. Haha. Lupa, Izzat kan dulu Maahad Tahfiz Sains. Ngeee ~ Apa pun, buku dia memang best!

Oh yaa, pernah juga tengok buku ni kat kedai buku. Tapi, tak terasa mahu beli. Ku ingat penulis Indonesia. Ha. Ha. Kan berlambak buku islami ala-ala gitu indonesia punya. Dulu, orang lain dengan Ayat-Ayat Cinta.. Aku baca gitu-gitu je. Haiyaa. Hehe.

Nak quote sikit ;

Separations are wounds that you can heal, but memories are the pleasures that no one can steal.

Aiyooo, apa pun. Aku sangat suka cover ros buku ni! Cover dia baru yang ungu itu aku tak berapa berkenan. Muahaha.




Comelnya cover lama Warkah Cinta Berbau Syurga..



Tengs Izzat sudi bagi pinjam. Buku ini terbaik! 

:)