Monday, July 12, 2010

Legenda | Geng


Kau lah satu satunya.. Di antara berjuta... Insan teristimewa.. Patah tak tumbuh lagi.. Hilang belum berganti.. Kerana kau, tersendiri...

Uhuu. Itu intro hari ni. Haha. Legenda. Hurmm. Aku rasa semalam mesti ramai berjaga punya. Kah. Kah. Kah. Pagi tu, dalam kelas.. Cakap pasal Piala Dunia ni laa... Haha. Sanggup budak-budak ni bangun 230 pagi nak tengok Piala Dunia '10. Hoho. Aku pukul 11 malam lagi dah tidur. Bola. Bola. Bola... :)

Okey, kita mulakan ad darsa hari dengan Geo. Oo yeahh! Sya Izz jadi budak baik hari ini sebab Sya Izz bawa buku teks Geo. Haha. Masa BM laa seronok! Masuk makmal. Buat pembentangan KOMSAS. Haha. Kumpulan Uzair dengan Ikhwan. Lepas tu, Amni.. Dia tak bawa. Sepatutnya Cena dengan Ira pula.. Tapi, diorang tak ready lagi. Cewahh. Aku rasa aku kumpulan 11. Hehe.

Maka, aku cepat-cepat tawarkan diri nak buat. Malas laa tunggu hari lain pula... Okay. Aku dengan Jihah pun ke depan. Jihah jaga pc, aku dekat depan skrin LCD. Hurmm. Biasa bro! Haha. Agak berdebar juga tapi cool down! Haha. Setakat dalam kelas je ni Sya Izz oi. Maka, aku relaks.

Assalamualaikum... Bla. Bla. Bla. Oh! Aku bentangkan sajak Wanita Zaman Ini. Ceih, aku sangat tak suka sajak ni. Tapi, buat je laa. Mula-mula gagap juga, tapi sudah lebih yakin... Ceh, 'r' aku memang sejak dahulu 'r' pelat. Cam ne ehh? Cam minah salleh gitu kalau dengar. Terutama bila guna 'r' dalam bahasa baku. Kalau tak kena ketawa dengan budak-budak ni.. Tak sah! Tak apa, aku senyum.. Haha.

Aku suka baca. Aku suka menyampaikan. Maka, aku buat sehabis baik tadi. Walaupun tak habis-habis kena kacau dengan budak lelaki. Nije! Razi! Haha. Ada aku kisah? Okay. Lepas aku.. Jihah pula. Padan muka Jihah! Aku suruh dia bentang prosa tradisional Raja Bersiung. Kah. Kah. Kah. Ye laa.. Presentation aku yang buat... Ngeeee ~

Bila dah sudah. cikgu pun bagi komen.. 'bagus, i like it'... Hahaha. Entah macam mana aku pergi jawab 'ooo yeahhhh..' Hahaha. Cikgu cakap bagus. Yeahhh! Maknanya cikgu suka. Oh ! Lupa... Pembentangan itu hendak dikira sebagai markah lisan Bahasa Melayu. Dan, aku tak guna buku. Pegang je... Belek sikit-sikit.

Aku mahu orang bagi perhatian tentang apa yang bentang... Aku tahu, kalau baca apa yang buku tulis.. Mesti tidur punya budak-budak ini.. So, aku berdiri di depan dan baca sambil pandang diorang.. Hahaha. Apa yang aku tengok, macam semua bagi perhatian.. Bagus laa tu.. Ha. Ha.

Masa BA! Huhuhu. Dah tiba part sedih ni... Kesian ustazah.. Aku kan rabun.. Entah macam mana aku boleh tak perasan hari ini ada BA. Maka, aku tinggallah semua buku BA. Hasilnya, dah kena dengan ustazah... Silap aku. Salah aku. Oo yaa! Hari ni belajar Adawatu Jazam. La, Laa dan Lam.

Sejarah laa best! Sodaqollahulazim... Tamat sudah buku teks sejarah hari ini... Baru habis! Hehe. Masa yang berbaki, cikgu ambil untuk borak-borak dengan kitorang. Entah tiba-tiba masuk part cinta monyet pula. Budak-budak habis laa, galak jadinya. Haha. Habis orang tu dengan orang ni diorang cakap. KONON-KONON. Maknanya, tak betul lah. Jihah kat sebelah asyik pecah perut je katanya! Haha. Aku pun...

Cikgu bagi nasihat sikit-sikit. Dan! Kami memang kena mengenakan lah antara satu sama lain! Indeed, padan muka! Muka siapa.. muka budak budak ribena Rushd. Haha. Gelak. Gelak. Gelak. Akhirnya, tiba lah waktu pulang. Ooo yeahhh...

Mulanya, aku.. Akir, Tirah, Jihah yang stay dalam kelas. Buat BA. Lepas tu, Tirah balik.. Eme dengan Izt Aya pun join. Amni pula datang, bawa laptop. Nak buat presentation KOMSAS... Borak. Borak. Borak. Homework. Homework. Homework. Haha. O yaa! Sebelum tu, Jihah buli TKP.. Kah. Kah. Kah. Aku bersekongkol je :P

Haha. Then, Eme tolong Amni buat presentation kat meja belakang. Aku, Akir dengan Izt berbual-bual kat meja tengah ni. Jihah je yang kejap jalan situ, jalan sini. Haha. Bestnya! Dengar pengalaman Izt pergi pulau.. Mandi laut! Waaa. Jeles! Seumur hidup aku, belum pernah lagi pergi pulau... Wuu. Wuuu. Dengar cerita, macam besttt. Kami berkongsi cerita. Pengalaman itu. Pengalaman ini.. :D

Maka, legenda itu ialah kawan-kawan saya. Kawan-kawan satu kepala! Haha. Sungguh, saya sangat sayang akan mereka! Patah tak akan tumbuh lagi. Hilang, tak mampu diganti....






Ps : Bersiap untuk kelas Geo malam ini.
Ps ii : Tuhan, kuatkan aku. Jadikanlah aku dalam kalangan orang-orang yang bersyukur..
Ps iii : 84 days left for PMR '10.


No comments: