Salam.
Hidup memang tak terduga kan? Oo yeahhh. Hurm. Pagi tadi, blurrrr. Masa PJ, duduk kat kelas.. Masa KH.. pergi makmal.. Tapi, aku memang tak dapat apa ilmu pun. Iyalah, orang lain bincang soalan.. Bagi perhatian. Aku main-main. Arghhh, rasa mahu lari. Ke hujung dunia, muahaha. Okey, masa BM... Cikgu ada kerja. Hurm, biasa je aku rasa. Rehat! Tapi, buat pertama kalinya aku tak rehat sebab pergi surau. Aku serabut! Serabut, serabut.. Kan jadi singa pula kan..
Maka, aku bangun. Sarung blazer, ambil Quran dan capai jam.. Hehe, Najihah yang punya. Pinjam.. Muahaha. Aku ni jam pun tak ada. Aku jalan, ke surau.. [ sempat lagi mek cipaa peluk aku kat tepi koridor, huahuahua] Sunyi, sepi.. Tak ada orang langsung. Okey, betulkan niat. Nak tenangkan hati.. Dan, aku ambil wuduk. Betulkan niat lagi, kemudian solat dhuha. Ambil Quran, baca sekejap. Surah Yusuff. Alhamdulillah, singgah koperasi beli air epal. Okey, jiwa dah okey.. Tak lagi rasa serabut.
Kemudian, pergi maktabah.. Waktu PAI. Aku duduk sorang-sorang kat meja kecik kat belakang. Siapkan latihan zakat. Alhamdulillah siap. Masuk kelas, masa MT pula. Tapi, teacher tak ada. Aku pun buat karangan BI. Saja-saja mengisi masa. Hehe. Nak harapkan aku buat math saja-saja? Kirim salam laaa... Huahuahua.
Solat zohor, masa BA. Ustazah bagi soalan. Okey, bab tukar tasrif. InsyaAllah ada dalam kepala :) Balik pukul 3 lebih, sebab sambung terus dengan kelas tambahan.. Hurmm, pergi maktabah. Baca buku kejap. Lepas tu, KP Syadid minta tolong buat visi misi piagam pelanggan. Ooo yeahhh! Arahan ketua kena ikut. Muahaha. Pukul 4 setengah, pulang!
Ps ; Sepatutnya malam ini ada kelas tambahan, tapi batal sebab teacher tak ada pergi kursus. Tapi, aku rasa nak pergi.. Study dengan budak-budak asrama ni. Haha. Well, kak pun ada kelas. So, tumpang sekaki laa. Study kat sekolah, lagi best! Syok wahh..
Regards,
SI
No comments:
Post a Comment