Saturday, July 17, 2010

Cik SI, Cik AN, Cik N, Cik B, Cik I, Cik AA


Assalamualaikum.



Boleh teka pasir apa ni? Pasir apa? .. Pasir PANTAI. Haha. PANTAI apa? PANTAI AIR TAWAR. Oo yeahh! Kali kedua pantai ini dikunjungi oleh aku dan geng! 0830:16072010. Ngeeee ~ Ada Cik AN, Cik N, Cik I, Cik AA. Berlima sahaja. Termasuk aku. Cik SI. Haha. Jalan, dekat je.. Nak sampai ke pantai...

Sampai kat sana, tak ada orang! Maklumlah, pagi.. Maka, kami jadi orang tak cukup ubat. Menjerit, menempik! Yeahhhh. Sampai sakit tekak. Oo yaa. Masuk dalam air. Habis basah seluar. Bawah daripada pinggang laa. Haha. Best ouuu! Rasa macam pantai tu aku yang punya. Ikut hati, mahu je aku redah air tu. Aku tengok alunan ombak.. Sangat mendamaikan!





Habis ke pantai, aku tergedik-gedik mahu ke taman. Wakaka. Memang! Lama sangat tak main kat taman. Dekat je... Jalan... Sebelum tu, guna alat alat senaman yang ada dekat situ. Punyalah exited! Habis cuba, konon-konon bersenam! Kah. Kah. Kah.

Kemudian, Che AN dengan Cik SI berebut nak masuk pagar.. Haha. Berlari sekuat hati ini, last-last! Sama-sama sampai.. Punyalah menempik.. berebut nak masuk taman! Haahaha. Cik-cik yang lain hanya gelak dan sengih.. Budak-budak terlebih seronok!

Semua kami main! Cuma, Cik N je tak berapa. Haha. Panjat itu, panjat ini. Posing situ sini. Cik AA jadi tukang ambil gambar. Haha. Dan buat pertama kalinya, pecah rekod! Cik SI dan Cik AN duduk atas bahagian luar gelongsur bulat itu.. Ini kes terpengaruh dengan Cik I. Kah. Kah. Kemudian, terkial kialah nak turun. Aku tak berapa. Cik AN;buat Cik SI.. Cik I dan Cik AA gelak-tahap-tak-ingat-diri.. Hahahaha.

Agak lama berada di situ.. Sampai kering pakaian. Haha. Ingat nak pergi kuala [air].. Cik I cakap. Tapi, tak sempat. Lain kali kot. Tepi taman ada kedai, beli air. Dan, berjalanlah kami berlima dengan penuh keletihan ke rumah Cg Nordin. Haha. Dalam pukul 10;30 pagi, baru sampai. Mujur kelas tak start lagi. Cik I baru nak ya'kulu alfutur. Haha. Kesannya ; Cik SI dan Cik N letih amat! Macam mahu tidur. Haha. Habis kelas Geo, sambung kelas BI. Ooo yeahh. Agak segar sedikit. Penangan mata pelajaran kegemaran! Haha. 

Pulang dalam pukul 1;30 petang. Cik SI menunggu, lama.... Dalam sejam, baru daddy Cik SI datang ambil. Haha. Sebelum itu, sempat kongsi ilmu dengan Cik D.. tentang Ism Kaana dengan Ism Inna. Moga-moga Cik D faham! Ameen. Ngeee ~

Pukul 300 petang, pergi pustaka awam Kg Raja. Ooo yeahhhh. Macam tadi.. Orang sama! Cuma ditambah dengan Cik B. Yeahh. Cik SI buat math, ada Cik I tolong ajar.. Sebab Cik SI rasa macam nak gigit je buku math tu. Haha. Oh yaa! Duit Cik SI hangus RM 5. Haha. Padan muka, siapa suruh hantar buku lewat.. Maka, bila mahu pulang selalunya Cik SI pegang buku, mahu dipinjam.Tapi, Cik I pun tanya.. 'Nak pinjam buku gape?'. Jawapan Cik SI 'Tobat doh aku, malas pinje ehh..' Hahaha. Pulang pukul 5 petang.






Kesannya ; Cik SI tidur awal pada waktu malam. Keletihan ~ [ tapi seronok amat! ]

SEKIAN.



Ps : Gambar taman, pantai.. Ada dengan Cik AN. 
Ps ii : Kenangan terindah. Cik SI dengan Cik AN, Cik N, Cik B, Cik I dan Cik AA.

2 comments:

Anonymous said...

best nye maen kat pantai! dah lame tak g pantai huhu.

kamu sume nampak comel di situ :D

Sya Izz said...

hahaha! Kakak!! Lama sangat kak tak tinggal jejak.. rinduuuu. :)

kakak pun nampak comel di sini..

hehe :P