Friday, November 12, 2010

korang yang pernah hadir adalah yang terbaek

Hmmm.

Tak tau nak membebel apa kat sini. (?)

Takde topik. Haha.

Sedih. Sebab, nanti orang orang yang aku sayang akan tinggalkan aku. Hehe, khas untuk kawan kawan yang nak pindah tahun depan au abang kakak form 5.

Ni malas nak sayang orang ni, bila aku sayang.. diorang pergi.

T_T

aku sayang orang, tapi orang sayang aku ke tak? hehe

takpe, aku sedar. aku bukan insan yang sempurna. jauh sekali.. tapi, dalam hidup aku. aku suka tengok orang senyum. aku suka lihat diorang sama sama ketawa dengan aku. aku tak kesah, malah aku tak suka meluahkan rasa hati aku kat sesiape.

ermm, kecuali teman teman baik laa.

aku lebih senang, aku yang pendam semua kat hati.

orang tak kan tahu rasa hati aku, sebab aku hadir bukan untuk mengusutkan mereka dengan masalah aku. aku sayang mereka, sepenuh hati. siapa tak sedih bila orang kita sayang nak berpisah?

tapi, setiap orang ada langkah masing masing dalam hidup. setiap kita tak sama kan.

cuma satu je yang aku akan semat,

tak akan ada patah tumbuh. tak akan ada hilang berganti

di sebalik senyum aku, pasti pernah mengundang kecewa kat hati sesiapa.

ada sorang kawan pernah cakap nak jadi macam aku. aku cakap kenapa?

dia cakap 'memahami'

aku senyum dan diam.

jujur, aku bukannya orang yang sentiasa memahami orang. selalu ikut kepala sendiri je. tapi, aku tahu hidup macam roda. kalau aku tak cuba nak faham orang, maka siapa yang akan faham aku? Hehe.

sikap aku cepat berubah. sekelip mata aje. dalam suka gelak tawa, sekelip mata aku boleh jadi emo. dalam sedih duka, sekelip mata aku akan senyum. hakikatnya, aku sendiri tak kenal siapa aku. macam mana aku boleh berubah sekelip mata, it just bergantung pada hati aku.

aku sensitif. tapi, sentiasa cuba untuk 'kuat'

apa yang hadir kat hati, aku tak kan bagitahu orang. kalau tak berfaedah tak penting. aku just cuma, hati aku je yang rase. tak perlu aku saketkan hati orang laen.

asal aku senyum, orang lain senyum

dah cukup buat aku lebih tersenyum

tapi, dalam sedar tak sedar.. aku tahu sikap aku kadang kadang tak terkawal. mesti aku pernah sakitkan hati korang kan?

aku memang takde niat,

takde niat nak buat orang yang aku sayang terase

tapi, itulah manusia.

sentiasa leka dan lupa.. jadi, aku sentiasa sedaya upaya tak nak bagi orang terase dengan aku. aku tahu dan aku cuba.

untuk mereka yang hadir dalam hidup aku
kamu teristimewa. setiap daripada kalian, punya episod berlainan. aku hanya pemerhati. pemerhati bagi cinta yang pernah merasuki hati. cinta yang hadir daripada kau dia mereka. kasih dan sayang. cukup itu, aku akan tersenyum. terima kasih kerana pernah menghadirkan diri. di sini, dekat di jiwa. untuk kekal sebagai nostalgia di memori hati.

dan, untuk mereka yang kekal 'di sini' <3

sebab? memang, setiap insan yang pernah hadir semuanya punya kisah teristimewa sendiri. tugas aku, aku perlu hargai diorang. aku sentiasa cuba nak hargai orang. aku tak kesah orang tak nak hargai aku atau apa apa laa kat aku. sebab, aku tak suka kesah hal orang. itu hidup diorang hati diorang perasaan diorang. tapi, ini hidup aku hati aku jiwa aku. cukup aje, aku mengerti apa yang aku buat dalam hidup. aku tak perlu tahu apa yang orang rasa pasal aku, sebab macam aku kata tadi.. setiap insan tak sempurna.

aku sentiasa sayang korang. sayang yang amat. :)

sungguh!

sepenuh hati, sampai akhir nanti. sentiasa cuba untuk jadi kawan teman sahabat teman hidup yang baek. sebab? korang yang pernah hadir adalah yang terbaek :D

4 comments:

nur syakirah said...

Saya sayang Awak :))

Anonymous said...

entri nih di tulis dari hati, maka ia akan terus sampai ke hati yang membace :)

and that's how and what i feel now :)

by the way, in my opinion .. orang yang penyayang tu, jiwa die halus :)

Sya Izz said...

KAK syakie > sayang rindu awak!

Kak rina > 'entri nih di tulis dari hati, maka ia akan terus sampai ke hati yang membace :)'

huk3, terharu ni! HAHAHa :P

Mierah ~ said...

Saya Sayanggg Awak , my 'adek'. HUhux :P