Friday, July 23, 2010

Gelak guling-guling


Urh. Erh. Arh.

Haha. Maaf. Tangan gatal mahu menulis. Konon-konon tak ada kerja. Eh!

Memang aku tak ada kerja, hari ni kan Jumaat. Jumaat tak sekolah. Cuti. Haha.

Konon-konon hari sekolah busy laa, tak gitu?

Muahahaha.

Ehh. Petang tadi, ambil masa 2 jam lebih. Habiskan novel Rindu Jadi Saksi. Actually, novel tu dah lama ada dalam bilik Kak. Tapi, tak sempat di sentuh. Ouuu, novel itu Che' Ma punya... Ngeee ~ Entah macam mana dekat pukul 2 tadi rasa boring amat je. Oo yeahhh. Tangan gedik mencapai novel. Hurm, baca je lah.

Okey, cerita memang boleh agak. Ceih! Macam laa aku ni dah banyak sangat baca novel. Muahaha. Tapi, sekarang aku memang tak berapa suka novel orang tua. Ha'a, yang serius laa gitu.. Dulu, aku start baca novel guna genre ini. Tapi, sekarang! Aku minat buku islamik gitu.. Yang aku dah ada Tautan Hati, VT, Sinergi, Denyut Kasih Medik... Remaja rock-rock macam Puisi Untuk Nadina, Guru Terhebat Olan, Versus, Diari Aneesa.. Aku ada Sigaraning, Labyrinth, The Bicycle.. bla. bla. bla... 

Haha. Pokoknya, aku suka terbitan JS dan PTS, GISB pun best, Telaga biru pun okey.. Ngeee ~ Bajet habiskan baca novel, memang tak sedar diri... Haihhhh. 

Dekat-dekat pukul 7 lebih, Abah Long, Mama Long, Kak Teha, Iylah dengan Anif datang rumah I. Waaaa! Buat malu je, haha. Boleh pula aku tertidur. Kak Teha ketuk pintu.. Ehmm, aku buka. Wawww, jatuh taraf bilik aku hari ni. Haha. Selalu taraf bilik anak dara yang kemas, comel.. macam hotel gitu. [mama long cakap] Kali ni... Chopp! Tongkang pecah. Ribut Taufan. Singapura dilanggar todak. Haha. Aku sejak bergelar orang busy ni memang malas rajin... The Bicycle setia kat tepi bantal... Menunggu aku habiskan satu bab sebelum tidur. Teddy bear di merata-rata. Buku bersepah-sepah atas meja. Beg sekolah atas kerusi, beg kelas malam atas lantai, beg tuisyen atas katil. Aksesori comel-comel kat meja lintang pukang. Omaigod! Tarik nafas.... Muahaha. Aku pelik. Sebab aku tak suka kemas bilik pagi, tengah hari atau petang. Tak kira sekolah atau cuti, aku mesti mengemas sebelum tidur punya. Dalam pukul 12, 1 pagi. Then, baru aku buat kerja sekolah. Ohooo~ Aku memang tak boleh.. Persekitaran bilik mempengaruhi mood aku. Selagi bilik aku bersepah, selagi tu aku tak akan pernah sentuh buku. Dan, aku pun tak suka buat kerja kat luar. Dalam bilik je. Bilik aku, milik aku. Muahahaha.

Berbual-bual dengan Iylah dan Kak Teha. Kalau dengan Iylah, kitorang cerita bab novel-novel je. Haha, jenis satu kepala satu jiwa satu karat. Kah. Kah. Kah. Aku keluar, tengok Anif tengah main PC. Ouh, budak ini aku sayang. Umur dia sama dengan Sarah. 13 tahun. Tapi, masing-masing macam budak kecik umur tiga tahun. Muaha. Aku sengih. 'Cam mana BA?' Haha. Dia sengih, jawab.. Kah. Kah. Aku ni bajet je. Konon konon dah pandai BA laa sekarang. Haha, tak laa. Minat aje. Ceih, padahal masa form 1 dulu pun.. Punyalah gigih aku berusaha tapi keputusan grrrrrr, merentap tangkai hati. Wakakaka. Naik form 3.. bila tengok soalan form 1.. Aiii, rasa mahu gigit saja itu kertas soalan. Kenapa senang sangat. Hua. Hua. Hua.

Dalam pukul 830 malam. Hujan lebat amat. Arh, aci redah je laa.. Pergi tuisyen. Kalau ikut hati, memang tak nak pergi. Tapi, sebab malam ni Sains! Aku pergi laa, redha. Haha. Dengan jubah hitam dan tudung cokelat.. Aku redah je hujan. Angin punya kuat. Haiyaaa. Buka pintu, masuk.. Fine! Izzat Aya, Aiman, Epa, Eton, Zati bagi sorakan dan tepukan kat aku. Yeaaaa.. Haha. Mentang-mentang aku basah tahap banjir. Hailaa. Aku pun tepuk laa tangan juga. Tanda berjaya mengharungi cabaran. Cg kesayangan tak datang lagi. Maka, bergalok laa kami semua. Tone suara punya tinggi ni. Konon nak lawan hujan. Muahaha. Sempat pinjam Warkah Cinta Berbau Syurga ; Izzat punya. Ououou. Gagal laa projek study aku! Haishh, tak apa. Korbankan masa tidur. Jangan diganggu projek study. Muahahaha.

Berbaloi aku pergi tuisyen hari ni... Punyalah enjoy bersoal jawab dengan Cg Mat Chik. Hahahaha. Aku pun senget kenapa jadi tanya banyak soalan. Haha. Weh, Sya Izz kan dah maju leni. Hihihi. Konklusinya, kali ni enjoy amat amat amat! 
Okey, gian menulis sudah terhapus. Agagagaga. Cik Najihah! Selamat bergelar penghuni hotel aspuri baru yaa. Hahahahaahaha. Meh aku nak gelak guling guling dulu. Haihhhh, astagfirullah. :)



Oh, apakah ini ?


Regards,
SI suka membebel
:D

2 comments:

wardah said...

yo...wassup (hehe)
my blogy adress has been changed... check it out babeyh..
haha
mood today: ROCK!
anyway, kalau nak rasa kek tunggu esok (seriously)

Sya Izz said...

woahahahah !

serius y'knoe.....