Friday, July 23, 2010

TAMMAT


Eh. Eh. Eh. Ini zaman batu punya. Waktu-jiwa-tengah-bengang, muahahaha.


TAMMAT

Lalu hatiku tertanya tanya
Apa erti kasih
Kadang membuat aku sakit
Kadang membuat aku bahagia

Lalu bisakah dia mereka kau menghukum
hatiku
Sedang aku sendiri tidak mengerti
Corak permainan hati

Bisakah dia mereka kau mengerti
Kerna aku sendiri tidak mengerti
Akan untaian hati

Aku cuba memahami 
Tapi mengapa aku tidak difahami
Rasanya menjerat diri
Aku tersepit

Perlukah aku berlakon
Sedang aku bukan begini
Perlukah aku berpura
Sedang aku menjadi plastik

Dia mereka kau tidak tahu sebenarnya
Bahasa hati yang aku mainkan
Iramanya kadang merdu kadang tidak
Sampai aku rasa mahu diam

Mahu rasanya aku berlari
Mengikut alunan ombak
Agar aku bebas
Tanpa ada suara cinta

Aku tahu dan sentiasa tahu
Lagakku tidak pernah mahu sempurna
Sudah, aku sudah letih
Mahu saja aku menjerit 
Tapi mengapa hanya di pondok hati ?

Dia mereka kau seakan tidak pernah
Mengerti bahasa aku
Ada masa aku hilang
Apakah kau mahu aku terus lemas ?

Arh! Permainan hati sangat menyakitkan
Aku hanya mampu bertahan dan terus
Bertahan
Mungkin sampai nanti, aku sudah tiada perasaan
Hanya berbicara di awanan hati

[SI | R'20072010]


[ Aku ; haha. Nak-gelak-terguling-guling-dulu.... Lain kali, sila kawal emosi anda. Wahai budak kecik Sya Izz ]

2 comments:

Anonymous said...

pergh!

and yes, no one understands our heart, except for ourselves, right? ;)

Sya Izz said...

yeahh ~

ngeeee ~ y'know, sometimes kite pun x dpt phm hati kite sndiri.. hak3