Monday, January 31, 2011

no tittle



Selamat malam, hoho.


Sekarang tengah lepak kat rumah Ayah Chik dengan itu budak ayu. Hahaha. Lepak lepak, esok sekolah kami merentas desa maka tak belajar. Yahooo, opss! Hehe.


Esok juga hari last si Amni dengan Aifaa bergelar smkanian. Selamat menjadi kisasian wahai kesayangan hati. Huk huk huk. Jumpa esok, yaa ? :(


Maka, pergi dulu. haha.


Psssstt : entry semakin hari semakin pendek, huahuahua. 



Sunday, January 30, 2011

Bio Bhio Bhiyo :P



Salam


aku tahu, sentiasa perlu menghargai setiap detik yang terjadi dengan penuh kebahagiaan.
maka, aku mencuba dengan seikhlas yang aku boleh.
aku tahu, kegembiraan sentiasa ada di mana mana
asal aku pandai melihatnya


:D


tadi, balik lewat. maka, aku dera budak itu ajar aku subjek biology. haha, aku betul betul lost dalam itu subjek. aku tak tahu apa masalahnya. haihh, cikgu punya laa best. tapi, aku? hehe, maka dia ajar aku dari bab penting yang mula mula. melepak kat tepi surau. huk huk, berterima kasih sangat sangat wahai budak :)


ada jugak tadi bersungguh memang dia terangkan aku pasal benda benda tu, tapi sempat lagi aku kejap kejap menguap, mengantuk, buat muka bosan HAHA betol laa.. itu subjek bagi aku betul betul =_=" huwaaa, aku suka khemiyya! betul. sangat best huhuhu.


okey, itu saja mahu tulis.
Jumpa lagi, chaw beb :)

Saturday, January 29, 2011

Kalau

Kalau minta pada angin, agar kenangan itu tidak hilang.. boleh tak? Pelangi, tolong jangan jauh.. biarlah hujan itu merintik dan sepi itu pergi. Ombak, katakan pada pantai, jangan pernah menghakis hikayat itu. kerna sesungguhnya aku di sini, masih memerlukan memori ceritera itu.

Lama nya tak update. HAHA padahal beberapa hari je baru. Well, internet kat pc tak jadi. Huhu, ni guna lappy kechik cehh tak suke tak suke sebab tak best maka, malas laa nak online lagi lepas ni. Hehe, ada hikmah laa kot benda ni jadi. Nak suruh tuan punya blog ni biar rajin study.

TOV enam februari nanti. Huahuahua. Entah macam mana laa soalan. Haha, teringat pula masa form 1 dahulu kala.. periksa pertama PAI dapat gred D :) tak tahu apa apa pun lagi kan masa tu. Haha.

Ermm, masa last latihan merentas desa hari Rabu.. aku dengan Pqah Qilah lagi banyak berlari daripada berjalan *bangga* haha, walaupun kami ikut laluan sebenar yang jauh huk huk. Selasa, boleh laa lari larian sambil sebut nama sebab angin kuat haha jadi tak dengar sangat, kecoh je huhu. Tapi, rabu hari yang tenang maka bila dah nak sampai kat sekolah laluan tepi jalan tu.. kami hanya berjalan sambil cerita tentang drama hidup selepas ni. Macam, hidup kami kan.. angan angan dan drama. Hahaha.

Okey, dah takde apa apa nak cakap.

Tapi. Tapi. Tapi.

Aku masih merindukan mereka.

*janganjadigile:(*

Kadang-kadang, kita terpaksa pura-pura. Kita terpaksa hidup... dalam kepura-puraan. Kita tahu kita tengah pura-pura, tapi kita buat-buat buta... sebab orang di tepi-tepi pun tengah buat benda yang sama. Lalu, kita buat bodoh... dan teruskan lakonan dalam drama-drama.
[kak, pinjam ayat T_____T]

 

G-Shock



Waaa, waaa ....
cool comel cantek ~ 






Bila boleh dapat agaknya?
Hahaha


:)

Tuesday, January 25, 2011

Lari larian, I M


Salam.

Hoho, hari ni macam bersungguh berlatih merentas desa, auww auwww.

Lari bertiga.
Pqah Manaf, aku dan Pqah Qilah.
Ouww, Pqah Qilah sangat 'macho' berlari. Haha.
Nak kuat semangat kan, masing masing sebut nama ehem ehemm. HAHA. [rahasia perempuan, ;p]
Lari lari dan terus lari.
Haihh.

Dah habis lari, rehat kat atas rumput dekat pondok. Main dengan budak Iman, anak cg sue. Haha, aku cakap kat Iman 

'Iman, awak ingat tak kakak yang jaga awak kalau awak datang sekolah masa pasca pmr dulu?'

Haha, cakap macam tu dengan budak umur tujuh bulan. Haha, sayang Iman budak mata bulat! Haaa. Borak borak. Main main. Dalam lima lebih baru pulang.

Oh yaa, selamat hari lahir.. wahai bekas ketua kelas ku tersayang, cewahhh (erkk). Haha, aku rasa tahun lepas aku buat entry yang sama apabila 25 jan. Ecece, nak cakap nya betapa aku ni menghargai ketua kelas aku tuh. Hahaha. Serius, aku tulis kat blog ni pun.. Untuk ingatan je. Iyer laa, aku sayang semua kawan aku. Sangat sangat.

Cena asyik cakap 'Izat tahun lepas, baik
Aku pun cakap sama.

Haha, maknanya tahun ini? Hoho, *senyum*
Walau apa pun, kami tetap sayangkan Izzat Muhammad yang 2010. Sempoi, macho baik auwww auwwww ;P


 *gambarcuri, lawatangambang. masatusemuanakturun, naikmainair. 
diatidurdengancomel, haha.. snap!*

Ermm, banyak kenangan sebenarnya dengan budak budak Rushd 2010. Rindu yang amat sangat! Tapi, rindu tu aku simpan jauh kat lubuk hati je. Tak akan aku padam, sebab aku sangat menghargai memori itu. Walau apa pun, aku cuma berdoa.. may Allah bless them, forever. :) *sebak*

Tahun ini, aku macam nak bagi hadiah kepada kawan kawan aku. Ye laa, mungkin bila jumpa sepuluh tahun lagi HAHA mereka akan selamanya mengingati aku. Well, walau pun aku hanya mampu bagi sebiji cokelat.. aku akan tetap bagi. Maknanya, aku mahu mereka gembira. Sebab, aku suka tengok mereka gembira dan senyum.

Konklusinya.. aku hanya perlukan surat khabar, stepler, marker, kertas pelekat, lukisan syafiq, getah. Beress semuanya. HAHA ;P


Apa pun, sanah helwah I M [ketua kelas aku versi 2010]

Psstt : Masih setia dengan kelab Geografi, dan kena jadi penolong tukang tulis. Uhuuuu, waktu kelab jadi penolong tukang tulis dan waktu unit jadi penolong ceti halal. Haha. Cool ~

Monday, January 24, 2011

Kena ketuk, kena basuh


Assalamu'alaikum.

Hari ni memang kena 'ketuk' dan kena 'basuh' cukup cukup. 

Dari pukul 8.30 pagi, sampai laa pukul 10.00 pagi.
Tak masuk kelas fizik dua masa, kelas BM satu masa tu memang cikgu tak datang sekolah hari ini.
Masa tu, dah minta kebenaran dengan cikgu fizik.

Hoho, lama nya rasa kena 'basuh'. Memang, erkkk tak tau nak kata apa. Iye laa, dah jadi macam orang gila kan minggu ni. Tak boleh laa biar berlarutan lama lama. Dan, sebab tu relakan diri kena 'basuh'. 

Lama laa kot, tapi aku rasa kejap je. Macam tak nak keluar dah daripada bilik tu. Haha, lega akhirnya. Rasa tak ralat pun terlepas fizik hari ni, sebab aku dapat sesuatu yang amat berharga.

Semangat.

.. dan sebaik je keluar.. aku senyum meleret leret. Hanya rasa bahagia dan lapang. Ouh, aku benar benar perlukan seseorang untuk 'membasuh' aku.

Terima kasih, dah dapat semangat baru.
Keyakinan baru.

dan  

aku rasa tersangat lah lapang! Lapang yang amat sangat. Macam, bahagia.
ouh, aku memang perlukan orang untuk aku bercakap. 
kena 'ketuk', dengan tahap super power!
(erkk) *sengih*

Pengajarannya : jangan ikut kata hati!

Haha, sayang amat la Cg Azimah dan ruang kesayangan.. B.K.
Haihhh, jom jom jom senyum. Jangan emo emo lagi sudah.
Ingat ye apa yang cikgu cakap wahai Cik Sya Izz!

Of hikayat 'ketuk'
Jan2411|08301000
Cg Zimah, BK.


قليل دائم خير من كثير منقطع

Benda sedikit yang selalu(berterusan) lebih baik daripada benda yang banyak tapi terputus(tak berterusan)

:D


Psst : sempat berbuat nakal lagi. Amik kertas pelekat, tulis [**i***] dan lekat kat kerusi. Haha, t i g a! Well, :P nasib baik diorang tak perasan. Sebab aku dah kena 'basuh' kan, kesian pula rasa. Amik semula, buang. Haha, selamat datang :) *akubudakbaik*

Saturday, January 22, 2011

[eyl]




When you climb a mountain, look to the top and not to the rocks that surround you. Make sure of where you step as you climb, and do not leap in case you loose your footing. 
[E.Y.L.|221111]

Friday, January 21, 2011

Yoemi. KT. Riyadh. Random.


Assalamu'alaikum.

Pertama ;

Sanah helwah, budak kesayangan aku. Encik Akimi. Haha, erkk my yoemi. Hua hua hua. Selamat bertambah macho, selamat bertambah glemer dan selamat bertambah superb. ho ho, salah seorang daripada sepupu kesayangan aku. Kitorang dulu sekolah sekali.

Masa aku tingkatan 1, dia tingkatan dua. Huhu, masa tu memang tak kenal la kat sekolah. haha, macam takde kaitan langsung. Kalo terserempak terjumpa ke ter ape ape, memang muka bodoh jer laa reti tayang. Ceh, bila dah tahun seterusnya.. terchat kat fs, kemudian ym kemudian baru laa jadi macam sepupu yang sahih. haha, baru laa reti borak borak cerita cerita dan kalo jumpa selalu tayang muka sengih dah. 

Haha, jasanya pada aku sungguh banyak. Dia yang ajar aku matematik, bahasa arab. Teringat pula kala petang petang kat sekolah, dia selalu balik lewat. So, kalau ada apa apa.. tanya je dia terus. Kat rumah pun, kalau menginap kat rumah Ayah Chik.. mesti aku dengan Mirah kena belajar matematik. Huwaaa, okay. Dulu aku memang tak suke matematik. Haha, entah ape ape.

Bila dia dapat sembilan A pmr, dia pindah. Sedih tu memang sedih, tapi macam laa kat rumah tak boleh jumpa dah XD aku ingat lagi, dia suruh aku janji yang aku akan dapatkan A yang berderet deret tu cukup sembilan.

Yoemi, janjiku sudah dikota :) 

Bila dapat tahu result pmr, terus dia ucap tahniah.

Tapi, sungguh. Dia dah macam abang aku dah. Erkk, walau hakikatnya dia abang Mirah. Haha, Mirah.. kongsi abang boleh? Haha. 

Tak dapat aku nafikan, dia juga sumber inspirasi aku. 
Disebabkan aku bangga dengan dia, maka aku nak jadi macam dia.
Dulu dulu, selalu je bagi aku semangat. Haha, goodluck bla bla bla tu kira semangat juga laa eyh ?


Apa pun, aku memang sayang dia.

Akimi, sepupu selamanya kan? selamat ber t u j u h b e l a s :D

Kedua ;

Hari ni pergi Kuala Terengganu. Hurmm, dengan famili Ayah Chik. Pergi sana nak tengok Aunty Sue dengan Ayish dan Amiy. Ayah Sue dengan Amir, Dini, Dina tak balik. Hoho, mahu melepas rindu pada budak berdua tu. Tahun lepas, rapat sangat sangat sebab dekat sebulan kan asyik jumpa diorang. Ayah Sue memang balik pada ramadhan tiap tiap tahun. Masa tu la nak manja manja dengan sepupu sepupu aku ni.


Haha, mula mula tu.. diorang punyalah cakap kat kitorang ni 'tak nak kawan'. Hihi, lama lepas tu baru okay. Sangat seronok dengan Amiy bercerita. Pasal motor abang Amir laa. Amiy suka warna biru la. Ekspresi muka dia sangat comel wahh. Dengan mata bulatnya dan kesungguhan nya nak cerita.. alahai :D Lepak lepak dengan diorang kat luar rumah. Beli aishkrim, dan benda benda yang boleh di makan. Sambil gambar gambar, habiskan masa. Haihh, jumpa diorang nanti ramadhan pula. :(













Okay, bila dah nak balik.. lambai lambai sayang :'(

Ketiga ;

Sebelum balik, Aunty Sue bagi buku buku yang Ayah Sue beli kat sana. Hari tu, Ayah Sue tegur kat chat. bla bla dan bla, lepas tu ayah sue suruh laa bukak laman web darussalam dan suruh aku pilih buku buku yang aku mahu. ingat lagi ayatnya 'pilih laa 4-5 butir pun, ayah sue bayar' hohoho. kira hadiah A berderet deret ni laa ? Hehe, ayah sue cakap kat sana murah je. Hoho, ye laa kot. hehe, jadi.. terima kasih ayah sue! huk huk huk.


Masih teringat ayah sue pernah komen kat salah satu entry blog ini dua tahun lepas

Salam Iqa,
What a nice blog. Seems improving by days. Cant help myself to jot sumthing 'ere, just to share sum thoughts with u, regarding ur exam, study and life. Exam, yes for now as a student u need to study hard to pass ur exams which come in many stages. It's still a long winding road ahead of u. There gonna be ups and downs definitely. But what matter most is, you need to have a target. Set your own target 1st. Try to visualise where u gonna be 3 years from now, then 6 years from now and maybe 9 years from now or beyond that. It is also important to decide or visualise what u gonna be as it will be some sort of aspiration or inspiration to move forward come the rains and thunders along the way in order to be successful in life. Nonetheless, success itself is a broadly defined term. It is meaningless to be so successful in current life if we fail to prepare for the after life. That after life also requires preparation or 'continuous study' for the real exam, since we dont know when it is gonna be. It will come anytime regardless of our readiness. Hence to succeed in both worlds, always be prepared for any exam! :-)

tabarakallahufiq
maassalamah..wailalliqa'
ayahsu,minalmadinaturriyadh

November 3, 2009 2:41 PM







sepupu sepapat yang lain, ayah sue suruh kita kongsi kongsi ilmu. hehe, jom membaca!
gasak laa nak baca semua tu, hehe.

Keempat ;

Bulan malam ni cantek la. 
Sebelum pulang, singgah rumah Che Ma kat Kg Rahmat. Tapi, Ayah Mat dengan Arissa je ada.
Anis dengan Alya tak pulang, di asrama.
Che Ma pula teman Kak Iylaa kat hospital.
Cepat sembuh yaa Laa! Syafakillah :)


Auww, pagi tadi hias meja belajar. Haha, tahun baru kan.. design baru laa pula. Hihi. Ringkas dan indah. XD *perasan*
 

Mug aspuri, kenangan yang paling manis.
Laugh+Cry+Love=Hostel Life!


s e k i a n .

Thursday, January 20, 2011

Rahasia Hati


Assalamu'alaikum, dan selamat petang!

:D

Mulakan hari dengan indah. Walaupun pergi lewat ke sekolah hari ni, huahuahua. Sikit sikit je dekat pukul 0740 baru sampai. Hurmmm, kak mimi yang comel.. menjalankan tugas seperti biasa. Ceh, aku pergi je kat dia. Sengih. Kak mimi geleng geleng kepala, macam biasa.. haha, nama pun dah tau. hihi. ;p

Masuk ke kelas, apa lagi.. bukak buku lar. Haha, ni bukan kes rajin.. ni kes sambung buat kerja sekolah. Waaahaha. Letih laa, jangan salahkan saya. Salahkan latihan merentas desa. Baru je nak buat kerja sekolah, tup tup tertidur HAHA, haihh. Alasan memang banyak. Huk huk huk. Okey, cikgu dah masuk. Sila belajar matematik moden. Kemudian, masa yang ditunggu tunggu. PSI, yeayyy. Haha. Lepas tu, BM.. cikgu tak datang rasanya sebab cg Mona yang masuk ganti. Hurmm, buat kerja sendiri. Well, budak bertiga tu siapkan math. aku baca buku. haha, tak kisah laa. 

Rehat. Aku ikut sama turun. Kat kantin jumpa Hani. Pergi dengan dia kat bilik kaunseling. Haha, rindunya bilik tu. Dah lama tak lepak kat sana since 2011 ni. Yer laa, masa pasca pmr dulu.. bilik kaunseling dah macam bilik sendiri dah. Macam macam buat kat sana. Haihh, manisnya kenangan :)

Okey, cg zimah takde. Huk huk, tunggu je laa. Lagipun, rehat tak habis lagi. Hehehe, nampak je cikgu terus panggil dan bermanja auwww auwwww, haha. cikgu siap tunjuk lagi keronsang baru yang berantai rantai banyak banyak permata, haha cantik. Hari tu, cikgu dah pernah pakai ala ala macam tu, dan budak budak semua cakap nak sebab cantik. haha, memang cantik pun. Haha, apa lagi, aku pegang benda yang cantik tu dan girls yang lain pun ikut sama tengok. Haha, ala ala teruja wahhh. Perempuan, biasa. Wakaka.

Yuhuuu, lepas rehat.. kita belajar matematik tambahan pula ye kawan kawan ? hoho, tapi cikgu masuk lewat siket. tetibe je teacher salwati datang suruh boys pergi cari meja dalam lima buah gitu. Ahad ni pelajar baru nak masuk. Masa tu macam.. 'what? lima? ramainya' hahaha, kelas aku sekarang dah 27. tambah lagi lima, 32 jadinya. Rasa, pelik. sebab dulu pun masa tingkatan satu dua tiga dalam 24 orang je sekelas. Hurmmm, bukan tak suke pelajar baru cuma.... *diam* hehe, Cena siap cakap kat aku.. 'kalau gitu, buat sekolah sendiri, haha' Ceh, wahhh.. macam mana ni ramai ramai.. Okey laa, aku memang tak suke. hahaha, gasak laa orang nak cakap aku ni apa. Tapi, semakin lama semakin susah aku nak terima orang baru dalam hidup. *ayat drama* :|

Sebenarnya 29 orang yang akan masuk rasenya. Ceh, sekolah aku ni terkenal ke ape? Apasal aku ni mengomel banyak je? bukan sekolah atok aku pun. haha, gasaklaa. cuma, kelas jadi ala ala sardin nanti kan baru tau.. setiap kelas dah dekat tiga puluh orang. kelas K je laa dua puluh dah memang limit dia macam tu. Tapi, nak sumbat lagi ? huwaaaa, aku tak suka ramai ramai. Selama ni aku hidup dalam kelas kapasiti dua puluh lebih je HAHA, demand lebih je budak Sya Izz. Yer laa, yer laa. Bukan sekolah atok aku kan, sebab tu aku terima apa saja. Tak kenal maka tak sayang, walaupun aku dah gurau tahap overdose dengan Cena yang aku cakap.. aku tak kan terima [baca: kawan] budak baru. ahaha, giler betol. Gurauan semata mata, tapi..... .

Arghh arghh arghhh, tu cerita kita kita je tau. Rahsia! Nanti raya ni aku mintak maaf laa dengan sekolah kesayangan aku tu. HAHA. Ermm, belajar BI di kala angin petang sepoi bahasa. Cehh, mengantuknye. Huhu. Kuat kuat. Dan, mata pelajaran terakhir.. Fizik. Masuk makmal dan aku macam biasa keadaannya. Faham faham jer laa bila belajar waktu petang dalam makmal yang suram HAHA lebih lebih laa pulak. Di sebabkan cikgu memahami, maka cikgu bagi kitorang main main dengan tiga benda-ntah-apa-nama tu.. ukur buku teks laa, pen dan apa apa. Yeayy, sayang cikgu!

^_^


Dah laa, tammat sudah bebelan aku di sini.
Cerita ini untuk aku aje, bukan untuk kite kite.
Haha, rahasia hati.

Wednesday, January 19, 2011

t i g a, sehati sejiwa XD


Aku rasa kan, hari aku macam orang sewel T________T

HAHA XD, hidup hidup kena tipu. t i g a k a l i, s a t u h a r i.

Untuk orang pertama :

" sewel lar mu, huk huk "

Orang kedua :

" huwaaaaaaa, k k s c "

Orang ketiga :

" jeng je rase, tertipu amat, haihhh. nasib :] "

Hari ni masih seperti kelmarin. Latihan merentas desa. Tapi, tak adalah penat sangat. Cewahh, laluan pun didekatkan sikit. Iye laa, kesian kat girls kan. Waahaha.

Pagi tadi main bola jaring. Me jadi center. Haha, gilak betol. Memang sangat best! Ehemm, main ramai ramai. Haihhh, jatuh situ sini. Menjerit situ sini. Ketawa ketawa. Haihh. Masa BM tadi, cg tak masuk. Macam, wahh. First je rasa. Masa tu, budak budak girls yang lain mesti laa study. Haha, group aku juga yang macam tak reti senyap. Hehe, macam.. ni je peluang nak lepak wakaka bila cikgu tak masuk kelas. ehee, tingkatan empat kan.. amat jarang untuk cikgu tak masuk kelas. HAHA. :)

Kami pula, borak pasal nama. Maksud nama laa bla, bla dan bla. Well, haha. 

Masa BI tadi pun, lucu habis. Jawab soalan kan.. Bila bincang, teacher suruh laa siapa siapa volunteer nak bagi jawapan kan.. Haha, nak dijadikan cerita... bila sampai number seven, takde orang bangun. Lama jugak laa. Haha, aku dah berkira kira nak bangun untuk jawab. Nak bangun ke tak nak bangun ke tak. Tapi, aku bangun juga. Tup tup, Syafiq pun bangun juga. Sama sama bangun. Aku tak perasan lagi masa tu. Ye laa, Syafiq duduk kat depan aku dan memandang ke papan putih. Kedudukan aku pula belakang dia dan memandang ke arah tingkap. Haha, meja kumpulan kan.. Bila aku baca, tiba tiba budak budak ni bersorak ala ala gamat gitu sambil kedengaran suara suara yang berkata 'pakat ke? haha'. 

Aik? Aku tengok tepi, Syafiq tengok belakang. Haha, kasi malu je. Sama sama berdiri. Haihh, budak budak ni gelak tak berhenti. Aku pun, macam =_=" Heeeee, terduduk aku. Aku tak ingat laa Syafiq tu duduk ke tak. Teacher pun cakap 'well, syafiq syafiqa sehati sejiwa kan.. takpe takpe, haha' haha, aku pun tergelak sudah, teacher pun suruh aku baca dulu. Number eight, baru Syafiq. Bila teacher keluar je, tersengih kitorang. Cehh, nasib laa kawan ;D

Oh yaa, dalam kelas aku.. ada Syafiq [sapik], Nik Syafiq [nik], Nurul Syafiqa [pqoh], Nurul Syafiqah [pqah], Syafiqa [aku:princess iqa]
Kelas S masih ada Nor Syafiqah [pqah manaf] dan Syafiqah Aqilah [pqah qilah]. 
Tetiba rasa macam glemer je nama macam nak sama semua XD

Cerita kelas hari ini, bukan ada apa apa sangat. Cuma, sangat manis laa untuk dijadikan kenangan. Hahaha, kitorang kan kawan selamanya. Lagipun, this moment is not permanent in life. Sebab itu, hargai cerita hari ini untuk kenangan hari esok :D

Lepas habis solat zuhur kat surau, warghhh.. geram amat. haha, nasib laa mu Ponti. Siapa suruh? Aku asyik lepaskan geram kat dia. Haha, dah dia penyebab jugak kan. Lastnya, kami lepak bawah tangga with others. Then, aku bangun dan pergi duduk kat tepi dinding. Depannya ada tanaman pokok pokok. Depannya terpampang bilik akses. Duduk lepak kat situ. Si Ponti pun sama. Huargghhh, hurmmm. Lepak macam kat jalanan tu. Haihh, bila cikgu panggil pergi perhimpunan.. kitorang tak pergi lagi. Lama tu, bila orang tengah panaskan badan.. baru kitorang ikut. Yang penting, nasib baik aku tak g i l e r hari ni =_="


Jalan jalan lari lari penat penat, sampai sekolah. Rileks rileks dulu. Okay, pulang.

Tuesday, January 18, 2011

Sya Izz bole buat punye. belajar enjoy-enjoy je eh. tamao stress-stress.

part yang kawan-kawan dah bertukar tuh, i can't help it. as we grow, we'll meet many people. friends come and go. perit, akak tahu. kadang-kadang, rindu kawan-kawan lame. teringat sume memori ape sume. tapi, that's life. kalau kawan dengan orang yang same je, tak kan ade variasi dalam hidup. mane tahu, dengan kawan-kawan baru tuh... Sya Izz can learn something from them? sape tahu kan? kawan-kawan lame, keep them close to the heart.

you can do it. chaiyok chaiyok!

Semangat semangat semangat!

Terima kasih, ke s a y a n g an ;)

Latihan Merentas Desa


hari ini latihan merentas desa, waaaa.

p e n a t, :]

esok ada lagi. kemudian, lagi dua kali. maknanya empat kali. baru laa pertandingan sebenar.

T_T jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh je rasa. haihh, ;)

habis laa, habis laa.. kena matahari, wakaka. [perempuan, =_="]
habis laa, habis laa.. lenguh lenguh kaki, wakaka.
habis laa, habis laa.. letih sudah, wakaka.

hehe, sebelum latihan tadi.. ada perjumpaan unit pandu puteri. Yeahh, nampaknya aku jadi penolong kepada Cik Syahirah tersayang. Kami ceti halal, hahaha. Pqah Qilah dibantu dengan Asmaq ambil part menulis nulis. Jadi tukang tulis, glemer gitu. Liana jadi wakil rakyat tingkatan empat. hak hak hak.

hari ini, kimia best. waahaha, semalam ntah-ape-ape-belajar [taktumpuperhatian] sebab, kena marah dengan cikgu. hurmm, bukan kena marah sangat. macam, biasa biasa je. sekelas buat graf tak sama. nasib aku laa yang ditanya cikgu. haha, mengade betol laa aku. ;p huk huk, mogok kejap kimia semalam. hari ini? best sangat sangat! ^_^

addmath pun sama, memening kan waaahhh. =_=" tapi, best. arh, arh arh. belajar belajar belajar. 


m a l a s nya nak buat kerja sekolah malam ini. esok lari lagi, huwaaaaaa T_T

pstt : ada geng teruna [kawankawankamiyang m a c h o h e n s e m] tadi pakai baju perpaduan, KRN. huwaaa, jelesnya. Iye laa, kitorang mana boleh pakai. Lengan pendek kan, hehe. Takpe takpe, esok geng gadis [kamiyang a y u c o m e l] pakai topi, auwwwww. HAHA XD

Monday, January 17, 2011

=_=


Tetiba je rasa macam 

=_=


t o l o n g ,
.

Sunday, January 16, 2011

selamat, selamat dan selamat


Lyana tak datang sekolah hari ini. Rindu =_="

Paling lambat turun perhimpunan dengan Hani kesayangan, blok dah laa hujung. Dalam perjalanan, nampak k mimi berdiri kat kawasan bola tampar tu sambil tengok jam. ehm ehm, janji tak buat lagi, hahaha. ^^

Ouh, hari ni macam biasa. Masih sedang dan akan membiasakan diri dengan suasana baru. Haha, tak habis habis cakap pasal ni kan.. Cuma, sekali lagi aku nak cakap kat diri sendiri

'tolong, jangan main main'

Haha, tadi.. dalam makmal biologi. Teralih perhatian sikit terus tak tahu cikgu tengah cakap apa kat depan. Huwaaaa, elok elok je faham. Lepas tu, kalau keluar makmal.. memang confirm dah.. tak ingat apa yang di dengar tadi. Haihhh, esok ada kimia dengan fizik. Uarghhh! Tetibe je rasa seram dengan benda ber t i g a tu. Well, hihi. 

Kena buat peraturan baru ni.

Cik Sya Izz : 'malam malam, jangan bukak komputer untuk berblog berfesbuk yang ntah apa apa. demi masa depan!' hahaha.

Betul, aku pun seram je dalam kelas. Dikelilingi dengan budak budak yang rajin comel pandai dan bijak HAHA buat aku rasa erkkk, aku pun nak pandai jugak. haha. kalau nak pandai jugak, kena laa rajin. kan kan kan ? kalau dah usaha tu, at least tak laa rasa ralat kalau tak faham apa apa itu ini. Ini tak, bila dah tak faham.. terus mood melayang layang. nak study pun macam haisshhh, ntah ape ape :| sudahnya, dibiarkan aje macam tu. dari sikit tak faham terus bertimbun tak faham. 

belajar tak faham belajar tak faham belajar tak faham, naya laa aku T_T

konklusinya, jangan jangan dan jangan sesekali tak berusaha untuk memahamkan apa apa yang perlu dipahamkan (?)

selamat berusaha, diri sendiri.
selamat rajin, diri sendiri.
selamat tidak mengalah, diri sendiri.
selamat kuat, diri sendiri.

oh yaa, jangan cakap tak serupa bikin ye wahai diri sendiri
Selamat berjaya! ^_^


Psst : hari hari post ala ala bagi motivasi kepada diri sendiri, haha. kena kuat semangat, la la la.

Saturday, January 15, 2011

PM, the one and only :)



Yuhuuuu, selamat malam.

Okey, okey. Sila siapkan addmath fizik bio. Esok dah sekolah. Semalam, tidur pukul 2 pagi semata mata kerna addmath tercinta. argh, huhuhu. Bila dah masuk tingkatan 4 ni kan, memang rasa macam takde life laa. wakaka, terutama.. dalam kelas. Pantang cikgu takde je, tangan laju je jalan tak berhenti. Ehem, borak tetap borak tapi bila pandang sekeliling je.. semua orang tengah tekun. erkk, kecuali boys mungkin. hehe. arhh, tidak. naya laa aku macam ni. nak tak nak, aku pun jadi rajin laa jugak. mulut gerak tangan pun gerak. waaa T_T

waahaha, setiap kali entry asyik cerita pasal kehidupan form 4 je kan.. huk huk. nak buat macam mana, tu laa life aku sekarang. haihh, busy mengalahkan form 3. tapi, perlu diakui laa sebusy form 4, tetap tak rasa tekanan sangat. bukan macam form 3, asyik T_T huahuahua. cuma, aku memang sangkal habis habisan laa budak mana yang kata tahun ini tahun honeymoon (?) 

sebelum sempat nak cucuk fikiran tahun ini tahun honeymoon haha, fikiran dah tercucuk dengan kata kata 

'study betul untuk es pi em'

'jangan main main'

'start sekarang, kalau tak nyesal'

hak hak hak, aku hanya pandai jawab

'tau la, dah bertobat ann'

bertobat konon konon. tapi, malas tetap ada. waahaha, nak buat macam mana.. sifat semula jadi yang sukar dikikis. uarghh, perlukan sokongan dengan kesungguhan serta kesabaran setiap masa. :D

iya laa, yang penting.. saya budak rajin! [haha, agaknya dah jadi trademark aku. waaa, kata kata kan satu doa. insyaAllah, aku memang budak rajin XD]
 
Psstt : video tu bertajuk 'kegilaan seorang PM'. haha, dah lama dah kat fesbuk perdana menteri aku tu, cuma baru je rasa nak simpan kat sini. well, kat hikayat aku ni. kenangan indah tu. huk huk, PM aku tu memang suka nyanyi. hahaha, caya r PM. Ganu kite, ke guane? haha, smk tengku mahmud ii je. dekat, haha. Namanya Alieff, tua setahun daripada aku. agak agak cool, macho bergaya comel XD alaaa, sampai sekarang geng 1M'sia panggil dia PM dan mungkin untuk selama lamanya. PM KRN Bt Papan, 6-10/12/10 :)


 XD

..


:|

Friday, January 14, 2011

m a l a s


Yuhuuuuu, erkk.. salam.

Hehe, sebenarnya tak tau nak tulis apa ni. Hurmm, layout dah tukar lagi. Haihh, asyik tukar je. Sekali tukar tu ambil masa satu dua jam juga. Iya laa, memandangkan saya pengikut kak Ina HAHA maka saya mementingkan konsep hitam putih. Baru macho, hahaha. Tapi, kalau nak tukar layout tu pastikan mood tengah bersungguh. Cewahh, iya laa.. nak cari code lagi nak ubah itu ini =_=. bukannya banyak layout yang hanya hitam putih. Layout ni pun sebenarnya putih pink. Auwwww, pinky gitu. Haha. 

Nampak sangat takde kerja. Konon konon. Padahal kerja sekolah masih menggunung. Huk huk. Addmath tak siap lagi. Fizik lagi laaa =_= waaaa, tak mau pergi sekolah. takmau takmau takmau, m a l a s. hihi, aishh.. tak boleh jadi ni. Kalau nak pergi sekolah pun, sebab ada Syari'ah. Wakaka. okay, okay. dah ramai orang nasihat aku yang kita perlulah bermula sekarang. haha, jenuh aku dengar. memang aku tau, tapi ehmm ehmmm biase laa.. manusia mudah lupa. terutama lagi princess macam aku ni (?) XD

bila nak rajin sikit je, ada laa cobaan mendatang. T_T 
bila nak rajin banyaaaaaaaaak, lagi laa ada cobaan halangan mendatang, hak hak hak.

haha, dah laa. Membebel entah apa apa kat sini. Mau pergi buat kerja sekolah dulu laa. Well, saya budak rajin! *menjerit* tapi, boleh tak saya tengok tv dulu sebelum pergi buat kerja sekolah? HAHA, atau saya boleh tak saya buat kerja sekolah depan tv? ^_^ hihi, melampau ea Sya Izz.

okay, assalamu'alaikum :)

 

Thursday, January 13, 2011

Princess ? :D



Gambar selingan :D HAHA.

Ermmm, hari ni kepala otak memang sangat berputar. Dalam banyak banyak mata pelajaran, Syari'ah Islamiyyah yang paling aku suka. Sebab, paling sempoi.. santai dan cool. HAHA. Memang relaks laa kalau belajar SI. Tapi, tadi ada dua m/p yang memang buat aku rasa nak auwwwwwwwwwwwwww, haha.

Pertamanya, addmath. Arh, memang dah set dah dalam fikiran ni.. senang laa bla bla dan bla. Tup tup, cikgu ngajar mula mulanya faham. Tetibe, cikgu suruh try buat sendiri. Bagi soalan, dan jawab ikut langkah yang telah diajar tadi laa kan. Haha, nak dijadikan cerita.. otak pun blank. Huhu, bila cikgu terangkan jawapan kenapa itu ini bla bla dan bla.. otak aku masih tak nampak. atau secara rasminya, masih takde kepahaman. hihi. jadi, bila dah tak paham dari awal terus tak paham apa yang cikgu cakap seterusnya. aku nak bertanya tapi asyik tak sempat. Arhh, rasa nak nangis je. Menyampah betul, wakaka. 

Disebabkan usaha tangga kejayaan, maka aku pun try jugak fahamkan sendiri bla bla dan bla. Akhirnya, masih kabur. waaahaha, bila cikgu keluar.. kawan kawan semua tak boleh nak terangkan balik. Diorang blur yang cikgu ajar kat part last tu. HAHA, aku tanya yang part awal awal tu laaa. Huhu, last last 'chekgu sapik' yang ajar. haha, tu pun dua tiga kali dia terangkan baru aku nak paham. Bila dia terangkan, tup tup.. dapat! Terus paham, waaaaa. Nak melompat rasanya. Ouuwww, kefahaman adalah kebahagiaan (?) 

Elok elok dah okay semua, turun makmal fizik. Huahuahua. Cikgu ajar bab nak kira nak tukar bla bla dan bla. Okay, nasib baik dah okay standard form. Cuma tu laa, nampak susah laa encik fizik ni. Haihh, bukan apa.. ayat ayat jalan kerja bla bla dan bla. Ouh, bila aku dah tak paham sekali terus jadi malas nak dengar. Waahaha, takpe takpe. Dengar tu dengar, tapi bila dah keluar makmal...

'ouh, apa yang aku belajar tadi ye?'

hehe, sungguh.. aku agak kureng mengira. aku tak suka tak suka tak suka. addmath dengan fizik. =_=" 

aku cakap kat Yana

'kenapa ea kena belajar ngira segala bagai. kalau semua ala ala essays semua kan senang. tulis aje'

haha, nampak sangat malas berfikir -_-

Okay, balik sekolah. Huarghhh, dah berazam ni.. bila kat rumah nanti, study semula. well, haha. Sempat jumpa Cg Normah tadi kejap. Bincang bincang siket. Rasanya, dah okay laa dengan bio. Dah tak rasa ralat sebab lepaskan ict, walaupun aku tak tahu kenapa aku lebih pilih bio daripada ict. walhal cita cita yang tertanam sekarang, nak jadi jurutera rangkaian. haha, konon konon. aku nak amik ict tapi aku tak nak lepaskan bio.*tamak HAHA* yang pasti, takdir dah tertulis begini. okay je, tak kisah sangat. kalau tanya hati, tak tahu pula nak jadi apa sebenarnya. just, belajar je. hihi. bukak tadika laa nanti, senang. hak hak hak, dari kecil sampai sekarang.. masih ada tau cita cita nak bukak tadika sendiri. jaga budak budak, main dengan budak budak. haihh, sangat best. waaahaha. :)

ehh. ehh. dah habis jumpa cg normah, aku dengan cyfaa pergi makan nasi air kat belakang sekolah tu. dah bukak pun, dah lama tak pergi sana. tahun ini, hari ni baru first datang. mengimbau kenangan masa di tingkatan dua. lalalalala. cakap cakap borak borak, baru laa kami pulang.

ho ho, sentiasa senyum ye Cik Sya Izz 0.o


Psttt : Gambar-yang-ada-perkataan-princess, hahaha. Itu syadid. KP PSS tahun lepas. Memang rapat dengan geng dia. Zul, Muhai, Seiny, Nahdi, K Gra, K Farhah, K Atin. Auww, rindu mereka laaa :'(

*akusentiasacakapakuniprincess,sebabturamaiorangsukaharuspanggilakuprincess* HAHA.

Wednesday, January 12, 2011

Senyum


Salam

Ouww, hari hari yang dilalui pastinya happy dengan perangai geng aku ni. Macam macam =_=' sehari tak gelak HAHA memang tak sah. Ceihh, gelak tu memang gelak tapi kami utamakan pelajaran! cewahhh.

haha, kesian Yana tadi.. banyak kali aku suruh ajar admth. ouhuuu, rasanya penyakit lama dah nak datang. betapa aku benci matematik :| oke oke. bukak buku baru. tanamkan sayang kepada semua jenis mata pelajaran yang ada. huahuahua.

waktu bm tadi best. sejarah pun best. pokoknya, hari ni memang semua best best laa. yang penting, sebab ada mereka di sisi aku. hahaha. sayang laa budak berempat tu.

HusnaMunirah, NurLiana, NurulSyafiqa, AnisNajihah.  
ataupun Cena, Yana, Pqoh, Anis  
ataupun lagi Oce, Ona, Ohae, Onis.

:D

hak hak hak, jom jom jom kita senyum setiap hari. bila hidup happy, baru enjoy. :)

Tuesday, January 11, 2011

blurr.


jom jom jom jadi budak yang semakin rajin, haha.

erkk, kerja sekolah melambak. huwaaaaa, t_t
semalam pun mula buat homework dalam pukul sepuluh malam. tak sedar diri betul, haihhh.

sampai sekarang, masih teranggap diri berumur lima belas. haha, kalau ada kawan kawan sebut pasal tingkatan empat ke.. mesti minda terus terbayang kakak dan abang batch 94. lepas beberapa ketika, baru tersedar. 

'ehh, kita laa tingkatan empat'

:D

tadi buat eksperimen pertama kimia. hua hua hua, naphthalene C1oH8 ke ape. haha, group budak lelaki tersengih bangga bila cikgu cakap

'ambil data graf penyejukan dengan kumpulan diorang'

erkk, erkkk. sapik siap lambai ala ala glemer lagi, ahaahaha. 

tadi juga laa yang pening dengan cellulose. haha, tak boleh blah betul.. teralih sikit je perhatian terus blurrr. ahakss, sampai dalam kelas baru terhegeh hegeh nak fahamkan semula apa yang cikgu bio cakap tadi. haha, sapik juga yang jadi mangsa. sekali sekala bertekak pasal pelajaran takpe kan? haha. well, dalam kelas dia sangat terlalu amat suka bertanya. kiranya kalau kitorang baru je ada persoalan yang belum terungkai.. tup tup, dia dah tanya cikgu. kitorang tumpang dengar juga laa. ha ha ha, bagus bagus :)

pengajarannya, sila jangan alihkan perhatian anda ketika cikgu mengajar [secara sengaja atau tidak] haha, serius. dan, lepas rehat tadi beli cokelat banyak banyak. persediaan untuk mm dan mt. hahaha, sekejap je abes. lepas telan, telan lagi. stok cokelat kena sentiasa ada, kalau tak T_T

well, semestinya belajar memerlukan pengorbanan.


sangat best se'group' dengan fiveO' girls. Oya, Oce, Ona, Onis & Ohae. :P