Salam
Tiba tiba je rasa dah lama tak menulis panjang panjang kat sini. Hahaha, (erkk) rasa macam dah tak ada idea. Haha, biasa berlaku. Hurmm, sebenarnya aku pun tak tahu nak coret apa kat sini (?) Uhuuu, pertama sekali.. Selamat buka sekolah. Hehe. Geram betul, kenapa laa Ahad dapat cuti? Kalau tak mesti dah sekolah esok. *semangat berkobar kobar* Fenomena biasa, awal awal ni punya laa semangat nak pergi sekolah. Baju baru, beg baru, kasut baru, buku baru, kotak pensel baru. Ahakss, tapi aku yang barunya cuma beg! Wahh, purple gitu. Hahaha.
Okay, nak tak nak ke isytihar juga bahawasanya cuti sudah mahu habis. Haha, lusa dah sekolah. Nampaknya, cuti kali ini memang aku kerja goyang kaki je laa. Hampeh, konon konon nak study form 4. Haha, angan angan betul. Arh! Aci cuti je mesti macam ni. Tak kan ada nak study punya. Bahasa Inggeris ke laut china selatan. Bahasa Arab dah ke angkasa. Aduhai! Naya laa nak cover balik semua tu nanti. Padan muka, :P
Sedih sebenarnya. Aku tak nak berpisah dengan kawan kawan. Maksud aku, rakan sekelas. Tiga tahun aku sekelas dengan diorang. Tup tup, tahun ni mest orang tak akan sama punya. Mesti campur habis. Huhu, aku bukan apa.. Cuma, aku terlalu sayangkan diorang. Sangat sangat. Haha, bukan pilih kasih ni. Tapi, mesti korang dapat rasa kan.. macam mana bila berpisah dengan kawan kawan yang sudah tiga tahun kita tengok muka diorang.
Pergi sekolah masuk kelas pagi pagi nampak muka diorang.
Balik sekolah keluar kelas petang petang nampak muka diorang.
Itu tak kira lagi aktiviti bersama, kelas tambahan, celoteh masing masing.
Sangat menghiburkan aku. Walaupun, agak menyakitkan hati. Haha, hari hari mesti akan kecoh. Ada yang gaduh. Ada yang itu. Ada yang ini. Tak sah rasnaya kalau tak bising setiap hari. Kelas lain tu aku tak tahu laa, tapi kelas aku.. tahun ni, punyalah gempak. Pecah rekod. Terkenal, hahaha. Kelas lain tak buat, kami buat :D
Hihihi, aku sayang korang! Tapi, nampaknya aku kena terima hakikat.. suasana akan berubah. Iye laa, ada yang nak ambil sains tulen. Ada yang prinsip akaun. Ada yang sains ict. Korang? Satu je aku minta, jangan lupakan kenangan kita tau! T_T
Ops, dah dapat bayangkan bagaimana harunya nanti nak masuk tingkatan empat. Ermm, jadi kakak senior sudah. Haha, power laa tu f4 kan.. Pelajaran menengah rendah pun gelabah situ sini, ni pula =_=" tapi, selagi ada daya dan tekad.. aku akan buat sehabis baik! ho ho ho, betul ni.
no play play
erkk, rindunya rindunya dengan warga rushdianz. Aku rasa masih mahu bergelar warga rushdianz laa tahun 2011 ini. Cuma, aku tetap kena hakikat.. walau kelas sama.. warga pasti berlainan. Huwaaa, sedihnya! Sayang korang amat.
sungguh, teringat pula waktu tingkatan satu.
ermm, rasa nak tergelak. ahaaa! skema skala sepuluh. haha, malu malu gitu wahhh. masa tu memang sopan tahap habis laa. no gedik gedik lagi. hahaha, maintain ayu tahap tak ingat dah rasa. hihihi. cakap dengan kawan sekelas pun bersaya awak. :)
tapi, bila dah tingkatan dua.. sedikit sebanyak terhapus sudah keayuan. Dengan kawan kawan satu batch pun dah mesra, tak kira laa kelas mana pun. dah pandai gurau situ sini, buat nakal sikit sikit. sikit je, mana ada banyak. rasa, dah berlagak sikit kot sebab kitorang dah ada junior. HAHA. ke'macho'an pun semakin terserlah. masing masing dah tunjuk belang. hihi, bercakap pun sudah beraku mu, dengan harapan dapat lebih rapat. A'aa, bagi kitorang yang tak ayu ni kira dah rasa rapat laa bila bercakap macam tu :)
bila dah tingkatan tiga, rasa sekolah ni kita yang punya laa. dah pandai gurau gelak dengan chekgu. dah pandai conteng hias kelas ikut acuan sendiri. dah pandai gaduh gaduh, sorak sorak, jerit jerit. rasa betul betul macho la. haha, tambah tambah bila dah ada dua juniors. memang kasi gegar laa. satu batch pun rasa dah takde tembok pemisah. steady je nak masuk kelas mana bila free. kawan bercampur habes, tak kira dah aliran apa kelas mana. yang penting, enjoy! hahaha.
sekarang, dah tingkatan empat. masih menanti, macam mana ye nanti? :D moga moga lebih baik daripada tahun sebelumnya. walaupun, aku tahu ramai yang nak pindah. bosan laa aku, pergi mana mana mesti ada orang tanya nak pindah ke tak? dan, aku asyik beri jawapan 'masih setia'
haha, walaupun ada yang macam tak suka keputusan aku ni.. iye laa, at least orang lain ada juga hantar borang sbp.. ada juga yang usaha itu ini nak pindah.. tapi, aku? hampeh, haha. aku rasa hati aku memang dah bertapak kat ittifaq. tiga tahun aku mencurah rasa kat sini, takkan semudah tu aku lepaskan semua ni.
tak akan, lepaskan semua ni. hanya mahu enjoy, kehidupan sebagai pelajar ittifaq. tetap bahagia di sini, walau sekolah masih tiada dewan hanya guna dewan makan manakala perhimpunan mingguan masih beralaskan tar yang luas dan berbumbungkan langit biru.. aku suka. at least, kalau hujan takde perhimpunan! haha, walau sekolah aku ni tiada padang bola.. tetap pernah jadi juara bola sepak. walau sekolah kecik berbanding sekolah laen,.. tak kisah dah semua tu. yang penting, bila dapat rasakan sesuatu. sesuatu yang aku rasa amat berharga.
terlalu berharga, ^^
2 comments:
lawak2
ape plak??
Post a Comment