Thursday, January 20, 2011

Rahasia Hati


Assalamu'alaikum, dan selamat petang!

:D

Mulakan hari dengan indah. Walaupun pergi lewat ke sekolah hari ni, huahuahua. Sikit sikit je dekat pukul 0740 baru sampai. Hurmmm, kak mimi yang comel.. menjalankan tugas seperti biasa. Ceh, aku pergi je kat dia. Sengih. Kak mimi geleng geleng kepala, macam biasa.. haha, nama pun dah tau. hihi. ;p

Masuk ke kelas, apa lagi.. bukak buku lar. Haha, ni bukan kes rajin.. ni kes sambung buat kerja sekolah. Waaahaha. Letih laa, jangan salahkan saya. Salahkan latihan merentas desa. Baru je nak buat kerja sekolah, tup tup tertidur HAHA, haihh. Alasan memang banyak. Huk huk huk. Okey, cikgu dah masuk. Sila belajar matematik moden. Kemudian, masa yang ditunggu tunggu. PSI, yeayyy. Haha. Lepas tu, BM.. cikgu tak datang rasanya sebab cg Mona yang masuk ganti. Hurmm, buat kerja sendiri. Well, budak bertiga tu siapkan math. aku baca buku. haha, tak kisah laa. 

Rehat. Aku ikut sama turun. Kat kantin jumpa Hani. Pergi dengan dia kat bilik kaunseling. Haha, rindunya bilik tu. Dah lama tak lepak kat sana since 2011 ni. Yer laa, masa pasca pmr dulu.. bilik kaunseling dah macam bilik sendiri dah. Macam macam buat kat sana. Haihh, manisnya kenangan :)

Okey, cg zimah takde. Huk huk, tunggu je laa. Lagipun, rehat tak habis lagi. Hehehe, nampak je cikgu terus panggil dan bermanja auwww auwwww, haha. cikgu siap tunjuk lagi keronsang baru yang berantai rantai banyak banyak permata, haha cantik. Hari tu, cikgu dah pernah pakai ala ala macam tu, dan budak budak semua cakap nak sebab cantik. haha, memang cantik pun. Haha, apa lagi, aku pegang benda yang cantik tu dan girls yang lain pun ikut sama tengok. Haha, ala ala teruja wahhh. Perempuan, biasa. Wakaka.

Yuhuuu, lepas rehat.. kita belajar matematik tambahan pula ye kawan kawan ? hoho, tapi cikgu masuk lewat siket. tetibe je teacher salwati datang suruh boys pergi cari meja dalam lima buah gitu. Ahad ni pelajar baru nak masuk. Masa tu macam.. 'what? lima? ramainya' hahaha, kelas aku sekarang dah 27. tambah lagi lima, 32 jadinya. Rasa, pelik. sebab dulu pun masa tingkatan satu dua tiga dalam 24 orang je sekelas. Hurmmm, bukan tak suke pelajar baru cuma.... *diam* hehe, Cena siap cakap kat aku.. 'kalau gitu, buat sekolah sendiri, haha' Ceh, wahhh.. macam mana ni ramai ramai.. Okey laa, aku memang tak suke. hahaha, gasak laa orang nak cakap aku ni apa. Tapi, semakin lama semakin susah aku nak terima orang baru dalam hidup. *ayat drama* :|

Sebenarnya 29 orang yang akan masuk rasenya. Ceh, sekolah aku ni terkenal ke ape? Apasal aku ni mengomel banyak je? bukan sekolah atok aku pun. haha, gasaklaa. cuma, kelas jadi ala ala sardin nanti kan baru tau.. setiap kelas dah dekat tiga puluh orang. kelas K je laa dua puluh dah memang limit dia macam tu. Tapi, nak sumbat lagi ? huwaaaa, aku tak suka ramai ramai. Selama ni aku hidup dalam kelas kapasiti dua puluh lebih je HAHA, demand lebih je budak Sya Izz. Yer laa, yer laa. Bukan sekolah atok aku kan, sebab tu aku terima apa saja. Tak kenal maka tak sayang, walaupun aku dah gurau tahap overdose dengan Cena yang aku cakap.. aku tak kan terima [baca: kawan] budak baru. ahaha, giler betol. Gurauan semata mata, tapi..... .

Arghh arghh arghhh, tu cerita kita kita je tau. Rahsia! Nanti raya ni aku mintak maaf laa dengan sekolah kesayangan aku tu. HAHA. Ermm, belajar BI di kala angin petang sepoi bahasa. Cehh, mengantuknye. Huhu. Kuat kuat. Dan, mata pelajaran terakhir.. Fizik. Masuk makmal dan aku macam biasa keadaannya. Faham faham jer laa bila belajar waktu petang dalam makmal yang suram HAHA lebih lebih laa pulak. Di sebabkan cikgu memahami, maka cikgu bagi kitorang main main dengan tiga benda-ntah-apa-nama tu.. ukur buku teks laa, pen dan apa apa. Yeayy, sayang cikgu!

^_^


Dah laa, tammat sudah bebelan aku di sini.
Cerita ini untuk aku aje, bukan untuk kite kite.
Haha, rahasia hati.

2 comments:

ha_ziem said...

asaL nih?..ilex arh..avrything gonna be fine...if I am there..hux6 >_<

Sya Izz said...

:)