Selamat,
selamat tahun baru dua kosong satu satu.
2011.
dengan rasminya menjelma
2010.
dengan rasminya mengundur
Terlalu banyak kenangan aku dengan 2010
masih segar dalam ingatan
cepat ye masa berlalu
pejam celik pejam celik
haihhh
baru je rasa jadi pelajar tingkatan tiga
segala suka duka
bab sekolah, bab macam macam
sampai pernah rasa semua
pahit payau masam masin manis
sebab tahun penting laa konon konon 2010
mana taknya, PMR
gelabah tak gelabah, usaha je laa
yang penting, tekad. kena kuat
haha
tahun 2010 juga aku menetap di asrama
dua bulan juga
sebelum ni tak pernah mimpi pun nak bergelar pelajar aspuri
tup tup, ehh.. penghuni bilik no 13
bab cerita aspuri tu memang mantop giler giler
pelik, kenapa orang tak suka duduk asrama?
he he he
rindu yang amat sangat
tahun 2010
cukup sudah kuota tahun bersama rushdianz
kalau ada jodoh, masih bergelar rushdianz lagi
i heart rushdianz
sungguh, campak lah aku kat mana pun
takde pun yang akan dapat tandingi rushdianz
mungkin yang hampeh bagi kalangan orang lain
tapi
superb dalam hati aku
tak kisah pandangan orang
yang penting, bahagia
selamat tinggal ye dua kosong satu kosong
terima kasih, untuk segalanya
kerna ceritera ini cukup indah
maka, akan aku semat
di dasar hati
sampai bila bila
selamat muncul ye dua kosong satu satu
moga moga tahun ini akan lebih indah
aku hanya bersyukur
dan senyum
'akan aku ukir tahun ini, dengan hikayat tersendiri'
ops!
tahun 2010, sudah capai target.
- dah dapat A yang berderet deret cukup sembilan.
- dah pernah rasa pengalaman di aspuri
- dah habiskan pengajian menengah rendah
- dah jadi baik ? =_="
setiap tahun, aku tak pernah list target. yang spesifik punya, sebab aku takut tak jadi :) cuma, aku hanya tetapkan kat hati je beberapa perkara yang aku mahu.
dan sekarang bila 2011 sudah menjelma, maknanya azam baru dah tertulis kat hati.
aku mahu apa ?
[mahu jadi watak baik]
[all is well]
haha, maksud aku dengan watak baik ?
mula mula, diri.
mahu jadi baik.
baik, yang menurut definisi hati aku.
baik yang aku rasakan, aku perlu jadi lebih baik.
lebih baik yang buat aku rasa, nak jadi terbaik.
terbaik di mata aku.
yang aku tahu, aku hanya mahu pegang watak baik.
dua kosong satu satu, saya budak baik.
:D
Pstt : my sb, kalau jadi watak baik, sekurang kurangnya kita akan sentiasa disayangi dan dilindungi. kan kan kan ? :P
No comments:
Post a Comment