Tuesday, January 25, 2011

Lari larian, I M


Salam.

Hoho, hari ni macam bersungguh berlatih merentas desa, auww auwww.

Lari bertiga.
Pqah Manaf, aku dan Pqah Qilah.
Ouww, Pqah Qilah sangat 'macho' berlari. Haha.
Nak kuat semangat kan, masing masing sebut nama ehem ehemm. HAHA. [rahasia perempuan, ;p]
Lari lari dan terus lari.
Haihh.

Dah habis lari, rehat kat atas rumput dekat pondok. Main dengan budak Iman, anak cg sue. Haha, aku cakap kat Iman 

'Iman, awak ingat tak kakak yang jaga awak kalau awak datang sekolah masa pasca pmr dulu?'

Haha, cakap macam tu dengan budak umur tujuh bulan. Haha, sayang Iman budak mata bulat! Haaa. Borak borak. Main main. Dalam lima lebih baru pulang.

Oh yaa, selamat hari lahir.. wahai bekas ketua kelas ku tersayang, cewahhh (erkk). Haha, aku rasa tahun lepas aku buat entry yang sama apabila 25 jan. Ecece, nak cakap nya betapa aku ni menghargai ketua kelas aku tuh. Hahaha. Serius, aku tulis kat blog ni pun.. Untuk ingatan je. Iyer laa, aku sayang semua kawan aku. Sangat sangat.

Cena asyik cakap 'Izat tahun lepas, baik
Aku pun cakap sama.

Haha, maknanya tahun ini? Hoho, *senyum*
Walau apa pun, kami tetap sayangkan Izzat Muhammad yang 2010. Sempoi, macho baik auwww auwwww ;P


 *gambarcuri, lawatangambang. masatusemuanakturun, naikmainair. 
diatidurdengancomel, haha.. snap!*

Ermm, banyak kenangan sebenarnya dengan budak budak Rushd 2010. Rindu yang amat sangat! Tapi, rindu tu aku simpan jauh kat lubuk hati je. Tak akan aku padam, sebab aku sangat menghargai memori itu. Walau apa pun, aku cuma berdoa.. may Allah bless them, forever. :) *sebak*

Tahun ini, aku macam nak bagi hadiah kepada kawan kawan aku. Ye laa, mungkin bila jumpa sepuluh tahun lagi HAHA mereka akan selamanya mengingati aku. Well, walau pun aku hanya mampu bagi sebiji cokelat.. aku akan tetap bagi. Maknanya, aku mahu mereka gembira. Sebab, aku suka tengok mereka gembira dan senyum.

Konklusinya.. aku hanya perlukan surat khabar, stepler, marker, kertas pelekat, lukisan syafiq, getah. Beress semuanya. HAHA ;P


Apa pun, sanah helwah I M [ketua kelas aku versi 2010]

Psstt : Masih setia dengan kelab Geografi, dan kena jadi penolong tukang tulis. Uhuuuu, waktu kelab jadi penolong tukang tulis dan waktu unit jadi penolong ceti halal. Haha. Cool ~

No comments: