Tuesday, January 4, 2011

comel aje!


Salam
  
Pergi sekolah dengan mood yang


 
Baru je ingat konon konon hari ni tak nak senyum, tak nak cakap banyak dengan siapa siapa

konon konon aje laa, sebab bila dah berceloteh dengan kawan kawan terus jadi


auww, mengada betol. haha.

hari ni hari Minggu Jalinan Ukhwah tingkatan empat yang kedua. Esok last, boleh masuk kelas. Dan, khamis sudah start belajar! ho ho ho, aku kelas mana? tak tau lagi. esok laa cerita :)

tadi, cikgu azman panggil budak budak ni ke depan konon konon sebagai pengenalan diri. haha, kecut je rasa nak bercakap. nama, hobi, cita cita, misi.. ahaaa, sempoi je. haha. masing masing dah kenal kan. sayang laa korang :P

hurmm, balik lewat hari ni. ustazah pinjam aku dengan pqah qilah. hahaks, budak form 1 ada kursus BADAR ke ape, so diorang balik empat petang. hari ni diorang buat amali ambil wuduk. jadi, aku pqah qilah kak mimi kak tikah n others kakak yang tengok tengokkan diorang. setiap orang dapat sepuluh orang budak. cuma, aku rasa budak budak kumpulan aku lebih laa. haha.

tak kisah yang tu, kami bergerak ke asrama perempuan. yang dulu tu asrama lelaki. group aku, kak mimi dan pqah qilah. diorang guna yang tingkat bawah. aku guna yang tingkat atas. haha, mentang mentang pernah jadi penghuni hostel. cewahh.

aku panggil budak budak setiap dua orang. haha, masing masing pemalu giler je! dushh, 'kak iqa tak makan orang tau'. haha. lepas siap tu, kenal kenal dengan budak budak ni dulu. tanya nama sorang sorang. nama masing masing pun dekat dekat je. gurau gurau siket biar budak budak ni selesa. hahaks, lepas siap.. masuk surau balik. dengar abang f6 bercakap. tapi, aku pqah qilah dengan kakak kakak lain duduk kat belakang tabir je. borak borak, haha. tanya diorang pasal pelajaran f4.

lastnya, tinggal aku dengan pqah qilah yang dengar kak fatin hamimi bercerita. haha, sempoi aje. semua subjek dia ulas. well, dia dapat semua A setiap kali exam sejak OTI f4. Hoho, sungguh ganas. :D

dalam pukul empat petang baru pulang, esok ada lagi. amali solat dhuha pula. hahaks, suka laa adik adik tahun ni. comel aje!

rasa dah senior amat, sebab tingkatan empat.

:)

Psstt : semakin malas bercerita, semakin malas. So, rasanya blog ni tak kan ber'update' sangat lepas lepas ni. Dan, aku kan dah bertaubat. Haha, kena laa rajin menghadap buku. bukan menghadap belog.
 

No comments: