Wednesday, June 30, 2010

Sambutan Hari Koperasi


Yuhuuu. Hari ni Sambutan Hari Koperasi. Well, like it! Haha. Pagi tadi, perhimpunan. Huuuu. Sempat lagi borak-borak dengan Madiyy. Hahaha. Apa kes... Lepas tu, ketua kelas naik pentas. Ambil pokok bunga. Hehe. Yang lucu part Alan 3J laa, boleh selamba dia angguk kepala kat orang ramai waktu nak pergi tu. Haha. Budak-budak pakat bersorak. Haihhh...

Cari meja. Angkut. Dari pondok tepi perhimpunan sampai ke kawasan gerai dekat tepi surau. Auwww! Punyalah berat. Hehe. Maka, gerai kami memang lambat mula. Orang lain dah start menjual, kita kosong lagi gerai.. Sebab, tunggu Ustazah dan Syiekah bawa balik barang. Hehe.

Bila dah start! Baru kecoh... Syok! Haha. Bab paling kesian, bab budak-budak ini tunggu burger laa. Punyalah lama kami masak. Sebab baru start kan.. Tapi, aku dengan Qilah yang jaga bahagian depan. Qilah jual air. Aku jual makanan segera. Hehe. Best wooo jadi peniaga. Asyik laku je! Penat berdiri... Tapi, tak sempat nak duduk pun. Kejap orang beli itu, kejap orang beli ini. Heeeee ~ 

Isi perut dengan dua air gas je. Whoaa? Hehe. Sendiri beli tau.... Hak3. First time ni jaga gerai.. Sampai tak sempat nak jalan kat kedai lain tau. Satu je gerai special bagi aku... Gerai gift apa entah nama... Haha. Gerai tu sebelah gerai aku je. Kak Zatul laa yang kempen-kempen. Hahaha.

Ada buah epal, oren.. Cokelat.. Kipas.. Jelly... dan lain-lain yaa.. Yang sudah dihias dengan reben.. Lepas tu, kita pilih dan bayar. Kad diorang bagi free dan kita tulis laa apa-apa dan kita nak bagi kat siapa. Maka, baru lah diorang letak dalam bakul.. lepas tu pergi cari orang yang bakal terima hadiah kita itu.. Haha. Cari sampai jumpa tuan dia... Di seluruh pelusuk sekolah sekalipun... Hehe.

Ponti beli cokelat. Untuk Putera... Haha. Kawan baik dia laa katakan. Aku beli cokelat gak.. Tapi, dah penat fikir... Tak tahu nak bagi dekat siapa.. Sekadar menghabiskan duit. Hehe. So, aku bagi dekat The Lucifer. Uhuuuu. Siap pesan lagi jangan mikir pelik.. Kawan sokmo kan. Kah3...

Jumpa diorang tepi jalan, diorang ucap terima kasih. Haha. Biasa bro.. Kemudian, bila dah dekat pukul 1 baru habis... Huhuhu. Kami tak ambil part bab-bab membasuh. Ngeh3. Chaw pergi bergambar. Ahaksss. Hurmmm. Naik atas kelas, ada Zana sorang je..

Aku duduk dekat tempat. Seluk tangan dalam meja. Eh! Ada jelly.. Ouh, dia yang bagi. Haha. 


Tanda terima kasih atas buku tu. Kah3. Tapi, dia tak guna khidmat penghantar. Sekali terus letak dalam meja. Haha. Masa diorang tengah kerumun gerai itu, aku nampak.. Siap tegur lagi.. Ahaaa. Patutlah.. Tak suprise ork.. Kah3..

Oh yaa, aku beli jelly untuk R Sr. juga. Hehe. Biasa bro... Uhuuu. Sebelum pulang, lepak dengan Epa dan Syirah. Tahniah laa Epa dapat baby girls. Haha. Tak habis-habis tadi kitorang mikir nama untuk adik dia masa perhimpunan  tadi. Itulah.. Inilah... :P























































































Tuesday, June 29, 2010

Episod Larian Kecergasan


Salam sayang semua!

Ngeee~ Letih. Letih. Letih yang amat. Sangat. Sangat. Huh! Tobat dah aku. Hahaha. Chop! Chop! Nak cerita pagi tadi dulu. Wuuu. Wuuuu. Pagi tadi kan galak sakan. Macam biasa, ada perjumpaan unit. Huk. Huk. Huk. Maka, masa tengah beratur.. selamba badak je aku, Ponti dengan Yana main. Haha. Dah laa Sir tengah bercakap. Huhuhu. 

Kitorang main cekik-cekik je. Haha. Oh yaa! Main gurau-gurau juga. Guna bahasa pedas-pedas gitu, lepas tu gelak. Haihhh. Masa BA, ustazah tak sempat masuk. Tak apa, tak apa. Aku tetap tulis sarwah. Waaahaha. Konon jadi budak baik ni. BI tadi! Grammar. Ouwuwuwu. Aku benci benda tu, yang nama dia grammar. Huk3. Menyusahkan hidup je. Hahaha. Tapi, redha je laa. Sayang BI punya pasal...

Masa PAI, belajar bab zikir. Hurmmm. Lepas itu, masa Sj. Sambung bab tujuh. Oh yeahh! Suka. Suka. Suka. Membentuk gagasan Malaysia. Waktu BM, masuk makmal komputer. Buat pembentangan KOMSAS. Nasib baik, SYANA lambat lagi. Sedap dengar Bilah cakap tadi.. Petah amat. Manis je. Haha. Masa kumpulan Bilah dengan Siha, memang segar laa budak-budak ini. Teruja tengok Bilah dengan Siha bersemangat!

Bila kumpulan Nije dengan Zarif, huhuhu. Maaf ea.. Boring amat! Bayangkan, diorang tunjuk slide... Tapi, baca apa yang buku tulis. Kacau.. Dah laa buku tu meleret-leret ayat. Sampai rileks je budak-budak ni tido. Aku boleh nampak, separuh tak bagi perhatian. Ada yang nyanyi. Ada yang tidur. Ada yang berbual. Ada yang bercakap. Aku? Pun sama. Hahaha.

Sampai cikgu cakap kat diorang.. 'awak slide comel doh.. tapi, dok perasan ke kawan-kawan awak tak bagi perhatian.. tu laa.. baca lagi buku tu..' [cikgu tak bagi guna buku. Markah lisan..] Ngeee ~ KH punya masa, cg Su tak datang sekolah. Hehe. Sebelum solat, aku letak buku. Untuk dia.. Oh yeahhh! Nak jumpa asyik tak sempat. Maka, aku letak je laa. Ouh! Kawan. Selamanya. Kan3? Hehe.

Petang tu, aku tak habis-habis usik Epa. Hak. Hak. Hak. Bosan. Kemudian, aku duduk sorang-sorang atas kelas. Buat karangan BI. Sayang BI punya pasal.... Hahaha. Dan, dari luar.. dia cakap terima kasih. Maka, sama-sama... :) Dan, sementara menanti pukul 4 petang.. Aku bergelak sakan dengan Ponti, Yana dan Wani. Kau sayangku. Wakaka. Tak habis-habis kenakan antara satu sama lain. Happy lorh! Bising je pondok tu.. Dengan suara kami. Oo yeaahhh! 

Waktu yang dinanti telah pun tiba. Mula-mula aktiviti memanaskan badan. Haha. Sempat lagi girls bersungut.. 'Panas doh ni..' Hehe. Memandangkan matahari atas kepala waktu. Wuu. Wuuu. Panas. Tapi, macam hari itu.. Abang F6 yang jadi ketua. Maka, ikutlah...

1..2...3! Lari... Haha. Latihan larian kecergasan bermula. Tapi, kali ini ikut laluan pendek. Cikgu cakap atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hehe. 10 minit je lari! Yeahhhh... Tapi, semput. Dah laa kena tinggal dengan Yana, Ponti, Wani. Sob3. Sampai hati korang. Tapi, diorang  lari lajuuuuu. Aku juga yang termengah-mengah. Ehh. Tahun lepas tak laaa macam ni. Steady je lari ikut laluan merentas desa yang bapak jauhh tu.

Tapi, kali ini singkat je.. Mungkin sebab dah lama tak lari. Kalau tahun lepas, ada latihan taekwondo. No hal laa pusing 10 kali dewan rakan muda yang gedabak macam godzilla tu. Hahaha. Maka, aku jalan cepat... lari anak-anak dengan Jiehah. Haha. 

Faktor aku tak boleh lari... Sebab kasut longgar. Kalau aku pakai kasut sukan dah lama aku blah. Kah3. Masa itu juga, ibu jari kaki aku sakit sangat. Macam... Tak tahu nak kata apa. Tak boleh ada tekanan. Omaigod! Tak apa. Aku teruskan je.. Sampai je kat sekolah.. Jiehah belanja aku air. Ahaa! Sayang mu. Haha.

Pergi dekat pondok. Wani dengan Ponti menunggu. Uhuuu! Sengih laa korang. Haha. Aku pun buka kasut. Macam itu aje. Ouh. Sampai 'kena' dengan Ponti. 'Pecat gak elok-elok'. Haha. Aku peduli apa.. Tadi pun 'kena' gak.. 'Mu ni habis tea dalam gambar tengok ayu jah kalau posing.. Tengok perangai luar... hahaha' . Ish. Nak kena betul Ponti nih. Haha. Aku memang.....
Kalau posing, macam perempuan melayu terakhir. Tapi, perangai.. No komen. Selamba badak, aci redah je, macam nenek kebayan yang tak pernah berhenti bercakap, no kemelayuan langsung. Hahaha. Eh. Eh. Sambung topik balik. Rupanya ibu jari kakiku melepuh. Eish! Tadi okey je sebelum lari. Ouwww. Sakit. Haha. 

Sementara tunggu papa dalam kereta, jumpa kawan dia.. Aku baca buku. Antologi Kerusi. Sedapp. Tiba-tiba! Zzzzzzzzz. Tertidur. Sampailah tiba ke istana. Letih... Dan, tamatlah ceritera untuk hari ini. Latihan larian kecergasan! Hari Khamis ni pertandingan. Ouh! Aku dah tobat... Lebih baik aku pergi kem tutorial tu... :P

Pengumuman! Esok hari koperasi. Oh yeahhh! Pandu Puteri gerai nombor lapan. Nak jadi peniaga. Yeayyy. Yeayyy... :D




Monday, June 28, 2010

SYANA


Yuhuuuu. Hurmmmmm. Hari ini kembali bersekolah. Waa~ Haha. Masa Geo, Sn.. Cikgu tak ada. Maka aku, mula-mula borak kejap. Lepas tu, zupp! Tersedar. Daripada buang masa lebih baik menghafal sarwah. Okay, maka aku pergi dekat meja belakang.. Menghafal seorang diri. Baru syok.. Kah. Kah. Kah.

Masa BM best ouwwww. Sebab? Hari ini karangan. Maka, buat pembetulan. Bahagian B punya. Okay, cikgu tanya siapa dapat 19/20. Cikgu pun ambil kertas aku dengan Faezadti. Cikgu pun baca. Pendahuluan saja. Ngeh3. Lepas tu, cikgu suruh budak-budak ni buat pendahuluan kat papan putih. Bila Jieja siap tulis.. Cikgu pun tengok aku.. Siap tanya lagi Jieja.. 'ni ayat awak ke Sya?'.. Haha. Jieja sengih. Aku pun. Jieja pun cakap.. 'gabungan. Ayat SYANA'. Wakaka. Gelak. :P

Rehat. Masa BA. Wuu. Wuu. Seronok deh! Baiki ayat yang tak dapat markah penuh masa exam. Maka, Sya Izz... silalah ingat dalam otak ya, apa yang ustazah sebut dan ajar. Masa SJ, lagi best! Smart cikgu Hassan hari ini. Haha. Biasa bro. Ngeh3.

Okay, kami belajar bab 7 ~ Yeayyy! Bab terakhir. Bab nak bersatu dengan Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei. Cikgu siap bagi contoh yang menarik. Budak-budak ini tak habis gelak, macam selalu. Sebab, ada ayah uzair, mama amni, mama faezadti, abang sharize, adik akkir, mama fasiha, mama sya izz. Kah3. 

Izzat siap nak tersembur bila cikgu umpakan amni cakap kat uzair 'abang ujir, kenapa tak ajak amirah tinggal dengan kita?' umpama nya.. Uzair tu Malaysia. Amirah tu Indonesia. Amni tu rakyat Tanah Melayu. Wakaka. Gelak sakan tadi. Tapi, cikgu dah pesan tau.. Fahamkan dengan situasi sejarah. Bukan dengan cerita yang cikgu buat. Haha. 

Lepas solat, cikgu mesyuarat. Maka, aku jadi rajin. Siapkan BM. Buat BI. Wuu. Wuu. Tak boleh lengah. Tak boleh siakan. Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Nanti masa tinggal kita. Tak nak. Nak seiring. Maka, jangan berhenti....




Ps : Tadi masa Syirah lalu dengan sekuntum ros merah... Semua senyap. Mata tertumpu kat dia.. Haha. Tiba-tiba cikgu Hassan pun nyanyi. 'Sekuntum mawar merah.. sebuah puisi..' Haha. Budak-budak macam tak percaya aje. Waw, romantik.. Hehe


Sunday, June 27, 2010

Makan. Makan. Makan.


Yuhuuu. Hari ini tuisyen BA. Pagi pukul 8.30 pagi sampai 11.40. Eheee. Izzat, Irsyad, Azzim, Akkir, Danny. Jihah, Sya Izz. Oh yaa. Bilah pun ada! Tapi, datang masa kedua. Hehe. Belajar punya belajar. Wuu. Wuu. Dekat pukul 10, Cikgu Nordin ketuk pintu. Cakap, boleh pergi makan. Jamuan ringkas. Hehe. Kelas kami je yang ada waktu tu. 

Waww. Berseri-seri mata semua orang. Kah3. Bila berhenti, terus pergi serbu kat bilik sebelah. Yeayyy! Makan. Makan. Makan. Gurau. Gurau. Borak. Borak. Ada dekat setengah jam. Ustazah makan bilik lain. Sebab ustazah cakap takut kitorang malu kalau ustazah ada. Haha. Memang..

Lepas ustazah pergi, terus bising! Macam budak-budak. Entah kenapa, aku tergerak hati pagi tu nak bawa kamera. Tengok kamera atas katil. Hurmm, terus tangan capai masuk dalam beg. Haha. Rupa-rupanya ada event. Haha. 

Sedap aje Cikgu Dina masak mee goreng. Budak-budak siap tambah lagi. Bergambar. Haha. Rocks dongs! Pasangan Cg Nordin dengan Cg Dina memang sweet. Suka meraikan. Dah laa baik. Hak3. Ikhlas daripada hati ni.

Hehe. Bergelak sakan juga. Tapi, sambung belajar balik lepas tu. Best belajar BA hari ini! Hukum Isim dengan Hukum fe'el. Waa. Waaa. Danny laa yang asyik tanya itu ini. Sampai pening kitorang. Haha. Jihah siap gurau lagi 'Danny, mu gi balik nu'. Hahaha. 

Bila balik, duduk dekat meja. Lama.... Sampai tinggal aku, Izzat dengan Azzim je. Yang bestnya, cerita pasal hantu. Macam-macam. Mula-mula budak tu cerita pasal Shuffle. Okay, aku termangu-mangu. Haha. Entah macam mana masuk cerita seram pula. Izzat cerita pasal maahad dia laa. Jumpa itu ini. Pengalaman. Aku yang dengar, asyik mencelah. Best cerita. Ngeh3. Okay, ayah aku dah datang.

Aku pun blah. Rupanya, papa pergi rumah Teacher Rosliza kejap. Pasal assignment bagai. Hurmmm. Aku boring. Dekat je kan dengan rumah Cg Nordin. Uhuu, jalan kaki. Masuk ikut pintu belakang. Budak dua orang tu tak balik lagi. Sambung cerita. Haha. Azzim balik. Then, Izzat balik. Aku pun blah juga.. Pergi rumah teacher.

Bila nak balik. Siap cakap kat teacher 'teacher, besar doh anak teacher'. Haha. Kalau nak tahu, masa aku sekolah rendah dulu-dulu.. Aku laa yang suka main dengan budak Is ni. Teman tengok cerita Otromen lagi. Wakaka. Teacher pun masih ingat.































Okay lah! Chaw dulu. Masih ada kerja BA dan Math. Omaigod! Rajin. Rajin. Rajin. Muaahhh! Sayang hari ini. Sayang kalian. Haha.