Salam sayang.
Hurm, hari ini alhamdulillah. :) . Hanya itu yang dapat diucapkan. Hehe. Sedang belajar dan terus belajar. Agar dapat menerima semuanya. Muahaha. Mana tak nya? Setiap kali dapat markah, mesti terfikir
" eh, kalau buat yang ni pun. "
" alaa, ruginya tukar jawapan. "
" kenapa aku tak fikir macam ni ?? "
Waaa. Macam-macam. Yang paling terkesan kat hati, matapelajaran BI.B Memang teringat dan terus teringat. Ruginya aku tak buat molek. Kenapa aku buat macam ni. Kenapa laa tak cakna sangat. Muahaha. Sakit, kalau diingat. Haha, tapi tetap terfikir dulu. Mula laa nak menyesal itu ini.
Hehe, biasa laa kan. Aku memang sayang amat dekat BI ni. BI ni laa yang akan buat aku menangis kalau tak boleh A, BI ini lah satu-satunya yang aku tumpu amat-amat. Macam mana pun, aku tetap nak skor. Haha. Aku pun tak tau kenapa aku sayang sangat dengan BI ni.
Sejak dari darjah 4 sampai sekarang. Dan yang aku tahu, faktor pertama semestinya cikgu. Ingat lagi, masa d4 & 5, Teacher Rosliza yang mengajar. Best! D6, dengan Teacher Hazliza. Memang best amat! Masuk F1, dengan Sir Halim. Muahaha. Mula-mula, budak-budak memang tak berapa suka sangat. Yer laa, tak biasa kan belajar dengan cikgu lelaki.
Tapi, bila lama-lama, rasa best gila. Hahaha, Sir sempoi amat. Bila F2, Teacher Saba mengajar kejap. Haha, budak-budak memang asyik terkenang aje dekat Sir. Memang asyik sebut Sir. Last-last, Allah makbul doa kami. Bila jadual tukar, Sir bukan sahaja jadi cikgu BI tapi guru kelas. Waaaa! Bersorak laa budak-budak ini.
Aku laa yang paling excited. Memang masa BI, masa aku. Muahaha. Mulut tak akan pernah berhenti bila masa BI. Orang lain tak buat kerja, aku buat. Sampai budak-budak ini kata, aku kan anak Sir. Muahaha. Selalu aje jadi pembantu sir dalam kelas. Setiap kali exam, memang aku skor. Highest. Bab BI memang aku usaha habis-habisan!
Naik F3, Teacher Saba mengajar. Sweet juga! Dan aku sedang cuba nak kekalkan reputasi. Hak3, memang. Aku cuba sangat-sangat. Ngeee ~ Sayang BI dan semua teacher yang sentiasa beri tunjuk ajar. Hehehe, may Allah bless. :)
Dan sains tadi, memang tahap erkkk. Aku memang bersyukur sangat. Alhamdulillah! Ngeee. Lepas ini, memang nak buat yang terbaik amat. Sya Izz tengah berusaha. Tak nak hampakan orang sekeliling dia, dan nak jadi sehebat orang yang mengelilingi dia. :D
No comments:
Post a Comment