Dear Cokelat's Isle,
Hari ini hari yang sangat meletihkan! Okay, mahu bercerita ni. Pagi tadi, macam biasa.. Ada perhimpunan unit. Tapi, kali ini Sir Rosli yang bercakap. Sebab, Sir bagitahu pasal 'Larian Kecergasan'. Hua3. Sob3. Tapi, cool ~
Masa BA, masa yang pertama. Kehidupan sudah kembali menjadi seperti dulu. Sarwah, sarwah, sarwah. Huhu. Sebelum ini, masa ustazah cuti.. Kitorang tak cara sangat. Sebab, ustazah tak ada. Sekarang ustazah sudah kembali. Maka! Bersiap sedia lah wahai kanak-kanak Rushd.
Hurmm, kemudian masa BI! Waww, masa yang paling menyeronokkan! Bagi aku ler.. Hehe. Dua hari lepas, teacher suruh salin balik atau buat semula pembetulan OTI 2.. Karangan Bahagian A. Maka, aku salin semula laa. Tapi, tadi.. Tanpa membuang masa, sebaik sahaja teacher duduk.. Terus Mira dengan Tirah pergi check karangan mereka. Owww. Masa ini, budak-budak ini tengah siapkan juga. Bagi budak macam aku ni, aku just tolong Jihah je laa. Erkk, sambil cakap-cakap. Lepas tu, pergi dekat meja teacher. Tanya Mira. Oh! Mira buat karangan baru rupanya.
Aku pun pergi duduk kat tempat aku. Daripada buang masa, baik buat juga yang baru! Haha, semangat nak bersaing dengan Mira. Ermm, hari itu.. Aku dengan dia je yang dapat A. Sebelum-sebelum ni pun, memang saingan aku juga. Sebab, markah dah laa dekat-dekat.. Tapi, dia selalu je lintas aku. Waaa. Redha je. Hahaha. Aku pun buat, panjang laa juga. Jihah kat sebelah asyik kacau je. Ngeh3.
Lepas itu, masa PI.. SJ. Rehat. Makan roti je. Masa BM! Masuk makmal. Pembentangan KOMSAS. Haha. Aku dengan Nadia, Zana dah lewat. Dari kantin terus ke makmal. Melenggang mak cik Timah. Waaaa. Bila semua dah berkumpul, Uzair dengan Razi ke depan. Bentang lah kan?. Tiba-tiba cikgu suruh berhenti! Cikgu cakap.. Dalam masa lima minit! Pergi cari buku Antologi Anak Bumi Tercinta. Cepat! Kalu dok.... Hehe. Lebih kurang gitu laa. Dah laa 3 atau 4 orang je daripada 24 orang yang bawa buku. Waa, mana cikgu tak marah.
Maka, terkocoh-kocoh laa kami lari! Hahaha. Naik atas kelas! Nak pinjam dengan kelas mana ni?! Then, tengok Kelas K kosong, buku-buku AABT bertaburan di atas meja masing-masing. Terdesak! Mana diorang ni. Haha. Last-last! Angkut je sorang satu. Hahaha. Adalah amat kejam ye buat macam tu.. Tapi, kami dah tinggalkan memo kat papan putih. Hehehe.
Akhirnya, dah habis masa BM. Masa nak naik tangga, sibuk laa suruh orang itu, orang ni hantar kat Kelas K. Tapi, aku terpaling ke tepi. Tengok budak kelas K baru keluar makmal sains. Hehehe. Chaw! Punyalah laju berlari naik tangga, biar sampai dulu kat Kelas K. Kemudian, cepat-cepat letak atas meja diorang. Hehe. Cepat-cepat keluar lepas tu. Adeih, kerja gila betul laa. Haihh, tapi lepas tu tak lupa cakap dengan tuan punya buku.. Pinjam buku diorang tadi kejap. Well. Satu tingkatan, satu keluarga. Rocks. Hahaha. :P
Lepas solat, aku masuk bilik memasak. Nak siapkan litar elektrik. Hua3. Bersusah payah ni, sedut, patri. Sedut patri. Haha, nasib baik ada Nie-Jump. Mula-mula aku suruh dia gores litar je. Then, tak nyala! Waaa. Dia pun check, belek situ sini. Aku jadi tukang tengok je laa. Buat sekali lagi, tak jadi juga. Tengok lagi, last-last baru jadi! Yesssss. Nie-Jump dari tadi sibuk cakap nak balik asrama, nak makan. Haha, aku paksa gak dia buat yang aku sampai jadi! Dah jadi, bila dia nak blah.. aku cakap Yeayy! Aku belanja mu make deh. Gi laa kat dewan makan, aku belanja. Hahaha. :D
Petang itu, ada larian kecergasan. Girls laluan belakang sekolah. Boys laluan merentas desa. Girls memang dekat amat. Tapi, lelaki amat jauh. Haha, padan muka. Mula pukul 4 petang. Aku dengan Ponti. Tapi, serius.. memang kami tak lari langsung. Jalan slow sambil bercerita.. pendek kata macam melenggang. Sorang demi sorang lintas kami. Waa, tak kisah pun. Akhirnya, kami jadi the last. Wakaka. Still jalan. Yang lucunya, setiap kali check point.. kakak-kakak form 6 asyik renung kami dari jauh. Ada yang tepuk tangan suruh cepat sikit. Siap tanya, ada lagi orang kat belakang? Awak last ork?
Kami cuma angguk-angguk. Sengih. Kakak-kakak f6 pula yang lumba lari sesama diorang. Waaa. Cute jaa. Comel! Stay jalan. Dan, memang kami the last girl yang sampai! Yesss, pecah rekod. Muahahaha. Sampai je dekat pondok.. adeih! Sakit amat tapak kaki. Erkk. Dah kurus belum eh? Hahaha.
Dalam pukul 530 petang, rehat-rehat dulu. Main dengan 'Alima Sumayyah. Anak cikgu Aya. Comel lorh! Main dengan Effa. Bagi dia minum air laa. Haha. Aku pula tak habis-habis cakap dekat Effa, nanti boleh adik perempuan, syok! Haha.
Konklusinya, aku sampai di rumah sekitar pukul 6. Hehe. Letihhh. Okay lah! Sekian laporan untuk hari ini. Catatan memori aku. Hua3. Sekian, terima kasih.
Regards,
SyaIz
No comments:
Post a Comment