Salam semua.
Ahaaa! Hari ini, kenangan manis yang amat. Uhuu. Pagi tadi aku ada kelas kan. Kelas tuisyen cikgu dina. Hehehe. Masa Geo, best. Waahaha. Pukul 10 rehat kejap. Pukul 1030 sambung balik. Sedap wahh, makan nasi goreng yang Jiehah bawa. Wakaka. Kongsi tiga lagi. Ngeeee ~ Tapi, dekat pukul 1020 tu, cikgu nordin cakap cikgu amin terpaksa datang pukul 1045.
Erkk, waahaha. Bersorak kitorang. Aku pula jadi terlebih excited. " Wess, jom gi pantai. " Jiehah dengan Eton " Jomm... " . Wakaka. Cikgu Nordin sengih je masa dia undur kereta. Kitorang cakap nak pergi pantai. Muahaha. Buat pengetahuan, rumah cikgu Nordin dekat je dengan pantai. Jalan sepuluh minit je, sampai.
Maka, bermula lah misi Sya Izz, Najihah, Zaitun, Izzat Cg Aya dan Aiman Azzim pergi ke pantai. Pantai Air Tawar. Well, budak berdua tu lebih dahulu pergi kat tapak ekspo, beli aishkrim. Hek elehh, haha. Bila diorang on the way home, maka terserempak dengan kitorang kat tepi jalan. Uhuu, bersorak diorang bila kitorang cakap cikgu masuk lewat.
Muahaha, jalan-jalan. Borak-borak. Sweet je habiskan masa dengan kawan-kawan. Haihhh. Kawan. Ehee, sampai kat pantai. Berlari-lari atas pasir yang putih lagi bersih. Main dekat gigi ombak je. Tak basah langsung. Indah betul. Tengok laut, tak tergambar cantiknya. Biru, jauh, beralun. Aduhai, tambah-tambah bila ada budak-budak kecil mandi manda. Ada bot tengah tangkap ikan. Pulau-pulau dari kejauhan yang berkabus.
Rasa macam tak nak pergi. Indah sangat-sangat. Dalam 5 minit je main dekat pantai. Masa selalu saja jeles. Eishh, sempat lagi main lari-lari. Wakaka. Jihah je yang setia berjalan. Budak-budak ni sempat berehat kat wakaf, sementara menanti nenek najihah berlenggang-lenggang jalan. Adoi.
Bila jalan balik. Tak ikut shorcut pun. Muahaha, jahat betul. Guys dua orang tu dah sampai dulu hari lagi dekat kelas sebab diorang ikut shortcut . Girls ni, jalan habis melenggang. Wakaka, letih wes. Adoi, rasa macam baru balik jogging. Ngeee, apa kess.
Akhirnya, berkat kesabaran melangkahkan kaki, maka sampai laa dekat kelas dalam pukul 11. Waaa, nasib baik cikgu tak marah. Tengah buat latihan sejarah. Masuk kelas dengan muka yang berkerut-kerut, berpeluh habis. Skru lutut longgar. Tapi, sangat happy. Kenangan indah bersama teman-teman baik.
Oh, kawan. Terima kasih kerana hadirkan memori yang indah dalam hidupku.
No comments:
Post a Comment