Salam sayang, rindu, cinta!
Hehe, kebosanan amat ni. Muahaha. Bajet je aku ni. Mentang-mentang cuti dua minggu. Eyy! Lupa pula nak cakap, 'Happy Cuti, kawan-kawan!'. Huk3. Sya Izz tengah kering idea ni. Waaa~ Kerja kursus sejarah dah nak siap. yeayyyyy. Ehemm. Nak cerita pasal apa ni ?
Fikir. Fikir. Fikir. Ahaaa !
Ummu Aisyah, terima kasih kerana dengan perkongsian itu, sedikit sebanyak, hati ini mula menerima seadanya perubahan sekeliling. Saya sudah faham sekarang, bahawa mulut manusia tidak akan mampu ditutup kecuali dengan kuasa yang Maha Esa. Yang penting, kita temui identiti sebenar dan istiqomah jika kita benar-benar yakin dengan jalan yang kita pilih. Kita yang berhak untuk menentukan keputusan dalam hidup kita.
Itu petikan dari blog BIDADARI. Kita yang berhak menentukan keputusan dalam hidup kita? Aku petik balik kata-kata aku ...
[ Bila masing-masing dah mula dewasa, semua sedar akan erti kehidupan. Mengikut persepsi masing-masing. Perubahan pasti berlaku, mengikut peredaran masa. Ada yang kita tak suka, ada yang kita suka. Bukan mudah hendak berubah, kalau masih terikat dengan kenangan lama. Bukan senang hendak melupakan, cerita hati yang sudah merantai impian. Sekurang-kurangnya kita sedar, apa yang kita mahu sebenarnya. Menjadi diri kita, dengan berpaksikan deen. Menelusuri kehidupan yang diaturNya dengan acuan kita. Tak senang nak puaskan hati semua orang, kerna yang tahu hakikat sebenar, adalah kita. ]
-Sya Izz ; 12.14 am 300510-
Kadang-kadang, hidup ini tak lari daripada masalah. Err, bukan kadang-kadang tapi selalu. Hehe. Bagi remaja macam aku ni, masa ini lah pergelutan terjadi. Pergelutan emosi, persahabatan, pelajaran. Omaigod. Masa ini lah nak cari wawasan hidup. Nak teruskan hidup dengan jalan yang lurus lagi panjang. Hehehe.
Sampai sekarang, hidup aku masih begini. Cita-cita yang sering bertukar. Kejap nak jadi itu, nak jadi ini. Tapi, yang pastinya. Aku nak jadi penulis. Waaaa, aku sangat suka malah sangat cintaaa menulis. Kadang-kadang rasa cemburu sangat tengok orang lain boleh menulis dengan amat amat amat baik. Waaaa, tapi itulah. Kita kan belajar dari pengalaman.
Hidup.....
* kering idea *
~ pen off .
[ merepek ^_^ ]
Psst ; Sya Izz! Teruskan.
- Rindu ; Aisyatul Naurah
- Abstemious A
- Cerita ; Rasya Rania
No comments:
Post a Comment