Saturday, June 26, 2010

Cerita Khamis


240610 / Thursday

Ehemm. Hari ini ada kem tutorial PMR di SMKAWA. Pergi sana dengan bas. Aku sempat naik bas pertama. Hehe. Duduk dengan Zana dan Ida. Uhuuu. Apabila dah sampai, tengok Syaz sorang je dah ada. Ouh, rasanya ayah dia yang berdiri kat pintu masuk dewan. Mengalu-alukan kedatangan kami. Hehe. Okay, aku sudah terbolah di situ. Kaki tiba-tiba terpeleot, haha. Sampai Cg Azman tu cakap gini 'ehh,ehh, molek..molek..' Wakaka. Syaz sengih-sengih kat tepi tu. At least, Ponti pun terbolah sama. Haha. Boleh dia pergi tegur Syaz 'Awal mari, terbang ko.. Bla3' . Hahaha. :P

Mula-mula buat kertas sains. Aku duduk sebaris dengan Bilah, Siha, Qilah, Wani, Yana. Rocks ooo. Haha. Bila dah nak dekat habis jawab soalan.. Barulah budak-budak lelaki sampai. Lambat betul bas bergerak. Haha. Rehat, makan nasi lemak. Tutorial BI pula! Best siot..! Hahaha. Sweet je dengar cikgu-cikgu speaking. Tapi, masa kritikal. Ramai yang hampir tumbang. Dah laa panas, mengantuk! Huhu. Sempat berbagi cokelat yang bro A bagi ari tu. Habis. Hehe. Sebelum balik, ambil nasi lagi. Kemudian, keluar. Tunggu dekat pintu pagar. Kehadiran bas..

Jalan punya jalan. Duduk bawah pondok. Last-last, mari lah bas nya. Okay! Pertarungan bermula... Muahaha. Antara lelaki dan perempuan. Cuma aku, Jihah dengan Ponti je yang buat tak cara. Malas nak berebut. Last-last budak perempuan serbu! Haha. Panas hati budak lelaki. Ngeh3. Diorang pun pergi laa solat dulu kat surau. Nak tunggu pula lama. aku, Jihah dengan Pqah dah tak betah menunggu. Telefon daddy masing-masing. Okay, Qilah dah balik. Seminit lepas tu, aku pula yang balik. Ajak Jihah sekali. Masa nak masuk dalam kereta tu, ayah aku keluar kejap. Sempat lagi tegur budak-budak laki. Beramah mesra. Ngeh3. Memang pemesra betul. Wakaka.

Jangkaan aku memang tepat! Budak lelaki balik pukul 4. Dush!!! Lama bangat.  Okay, begitulah cerita di Smkawa. Minggu depan pula! Waaa, waaaa! Tapi, suka-suka. Uhuu. Ahad cuti! Sebab Terengganu menang SUKMA. Yahoooo..




No comments: