Wednesday, June 16, 2010

Korban Kasih


Selamat malam.

Ngeh3, hari yang seronok amat! Hari ini dan semalam. Yuhuuuu! Sayang family aku. Sangat-sangat.

Semalam.

Balik dari rumah Che Ma. Tengah hari, sambung Versus. Erk? Baca kali yang kedua sebenarnya. Sebab, nak cari definisi 'baik'. :) Petang tu Che Ma sampai. Haha. Borak. Borak. Borak. Bila dah pukul 630 petang, menghadap TV. Semata-mata untuk Benci Bilang Cinta. Aku dengan Yaa yang bersungguh. Ha. Ha. Ha. Sweet je Dimas dengan Winda, dushh! Dengar pula Nis cerita novel Korban Kasih. Jamil dengan Jalil? Uhuu, sob3. Sedih amat.

Hehe. Then, jadi emo. Sebab ....Lupakan. Malam, balik Pasir Puteh. Yahooo! Sebelum tu, singgah kat rumah tok dulu kat Gong Kedak :D Bila sampai P Puteh, mula-mula agak boring. Yer laa. Huhuhu, tengok Jangan Pandang Belakang 2. Takottt. Hihihi. Okay, pergi tingkat atas. Naik dekat bilik selalu. Bilik khas kitorang. Tapi, kali ni kurang Kak Atin. Kak Atin tidur rumah Iylah. Maka, hanya aku, Kak Ila, Yaa dan Nis je jadi penghuni. Kami jadi rajin, kot. Siapkan semua apa-apa, kemudian buat kerja sekolah. Tapi, aku tak lama bertahan.15 minit jer. Naik atas katil, aku kacau Yaa. Then, kami sama-sama jadi rock. Hahaha. Cerita pasal drama. Dimas laa. Winda laa. Itu. Ini. Omaigod. Tak habis gelak sakan. Nis dengan K Ila mengon9kan diri. Hahaha. Cerita punya cerita. Agak lewat juga tidur. Tapi, berbaloi baloi. :p

Hari ini.

Bangun solat subuh. Erkk. Boleh pula kitorang landing lagi selepas itu. Ha. Ha. Ha. Apa laa anak-anak dara ni. Haihhh =_=". Then, jadi takut. Sebab, cerita hantu. Wakakaka. Apa kess. Petang tu, Ayah Chik datang sudah. Rumah tok ayah, jadi meriahhhhhhh. Macam-macam geng ada. Geng anak dara. Geng anak teruna. Geng budak kecik. Uhuhuhu. Rindu, masa aku kecik-kecik dulu. Ouuu, lepas tu... Aku dengan Mirah lari. Agagagaga. Pergi rumah Abah Long. Macam biasa, guna jalan pintas .. laluan denai. Hehehe. Dengan Kak Teha.

Sampai rumah, borak dengan Iylah. Tapi, tangan tetap pegang novel. Maklumlah, Iylah sudah jadi peminat novel sekarang. Untung, boleh baca sekali. Ha. Ha. Ha. Sepupuku Suamiku. Best laa gak. Tapi, sedihhhh. :(' Oh yaa, pergi rumah tok ayah balik. Sebab, kena tolong kemas laa wei. Ibu-ibu sudah siap memasak. Jadi, kami si gadis pula yang angkut pinggan, lap, basuh, hidang. Ngeeee ~ Aktiviti wajib itu :)

Makan. Makan. Makan. Kemudian, basuh pinggan. Borak. Borak. Borak. Lari ke rumah Abah Long lagi. Hahaha. Sampai je, terus pegang novel. Sampai 'kena' dengan itu budak Iylah. Haha. Sweeet seyh. Sambil itu, rumah Abah Long jadi meriahhh juga. Iylah main pc. Anif, Adam dan budak kecik yang lain main catur. Ijak pun. Yoe main xbox bola. Dengan Arif. Aiyoooo, meriah dengan gelak tawa sepupu sepapat. <3

Aku balik lepas Asar. Dengan Ayah Chik. Aku dengan Adam. Haha. Sebab yang lain balik dengan Che Ma. Kitorang je sesat. Uhuuuu. Dalam kereta, senyap. Mula-mula je. Cakap dengan Ayah Chik. Agak-agak kena tarbiyyah sikit. Wakaka. Sya Izz. Mirah. Mirah. Sya Izz. Adoii. Hehe. Then, cakap-cakap dengan Yoemy. Uhuuu. Happy journey. 

Sampai rumah, Acu pula dah ada. Dengan tok! Yeaayyyy. Ehh, abang Apis pun ada? Haha. Sepupu. Adoi, tak habis lagi meriah rupanya. Then, malam. Pergi kelas sains. Best, macam biasa. Dan sekarang, aku tengah menulis. Menulis memori aku.

Chaw dulu ya. Sayang. Sayang. Sayang.

Regards,
Sya Izz



Cameron 2008.

Meriah, waktu Bimin kawen.

Masa solat hajat Yoe dengan Ijak.

Tuhan, terima kasih...


No comments: