Assalamu'alaikum.
Pertama ;
Sanah helwah, budak kesayangan aku. Encik Akimi. Haha, erkk my yoemi. Hua hua hua. Selamat bertambah macho, selamat bertambah glemer dan selamat bertambah superb. ho ho, salah seorang daripada sepupu kesayangan aku. Kitorang dulu sekolah sekali.
Masa aku tingkatan 1, dia tingkatan dua. Huhu, masa tu memang tak kenal la kat sekolah. haha, macam takde kaitan langsung. Kalo terserempak terjumpa ke ter ape ape, memang muka bodoh jer laa reti tayang. Ceh, bila dah tahun seterusnya.. terchat kat fs, kemudian ym kemudian baru laa jadi macam sepupu yang sahih. haha, baru laa reti borak borak cerita cerita dan kalo jumpa selalu tayang muka sengih dah.
Haha, jasanya pada aku sungguh banyak. Dia yang ajar aku matematik, bahasa arab. Teringat pula kala petang petang kat sekolah, dia selalu balik lewat. So, kalau ada apa apa.. tanya je dia terus. Kat rumah pun, kalau menginap kat rumah Ayah Chik.. mesti aku dengan Mirah kena belajar matematik. Huwaaa, okay. Dulu aku memang tak suke matematik. Haha, entah ape ape.
Bila dia dapat sembilan A pmr, dia pindah. Sedih tu memang sedih, tapi macam laa kat rumah tak boleh jumpa dah XD aku ingat lagi, dia suruh aku janji yang aku akan dapatkan A yang berderet deret tu cukup sembilan.
Yoemi, janjiku sudah dikota :)
Bila dapat tahu result pmr, terus dia ucap tahniah.
Tapi, sungguh. Dia dah macam abang aku dah. Erkk, walau hakikatnya dia abang Mirah. Haha, Mirah.. kongsi abang boleh? Haha.
Tak dapat aku nafikan, dia juga sumber inspirasi aku.
Disebabkan aku bangga dengan dia, maka aku nak jadi macam dia.
Dulu dulu, selalu je bagi aku semangat. Haha, goodluck bla bla bla tu kira semangat juga laa eyh ?
Apa pun, aku memang sayang dia.
Akimi, sepupu selamanya kan? selamat ber t u j u h b e l a s :D
Kedua ;
Hari ni pergi Kuala Terengganu. Hurmm, dengan famili Ayah Chik. Pergi sana nak tengok Aunty Sue dengan Ayish dan Amiy. Ayah Sue dengan Amir, Dini, Dina tak balik. Hoho, mahu melepas rindu pada budak berdua tu. Tahun lepas, rapat sangat sangat sebab dekat sebulan kan asyik jumpa diorang. Ayah Sue memang balik pada ramadhan tiap tiap tahun. Masa tu la nak manja manja dengan sepupu sepupu aku ni.
Haha, mula mula tu.. diorang punyalah cakap kat kitorang ni 'tak nak kawan'. Hihi, lama lepas tu baru okay. Sangat seronok dengan Amiy bercerita. Pasal motor abang Amir laa. Amiy suka warna biru la. Ekspresi muka dia sangat comel wahh. Dengan mata bulatnya dan kesungguhan nya nak cerita.. alahai :D Lepak lepak dengan diorang kat luar rumah. Beli aishkrim, dan benda benda yang boleh di makan. Sambil gambar gambar, habiskan masa. Haihh, jumpa diorang nanti ramadhan pula. :(
Okay, bila dah nak balik.. lambai lambai sayang :'(
Ketiga ;
Sebelum balik, Aunty Sue bagi buku buku yang Ayah Sue beli kat sana. Hari tu, Ayah Sue tegur kat chat. bla bla dan bla, lepas tu ayah sue suruh laa bukak laman web darussalam dan suruh aku pilih buku buku yang aku mahu. ingat lagi ayatnya 'pilih laa 4-5 butir pun, ayah sue bayar' hohoho. kira hadiah A berderet deret ni laa ? Hehe, ayah sue cakap kat sana murah je. Hoho, ye laa kot. hehe, jadi.. terima kasih ayah sue! huk huk huk.
Masih teringat ayah sue pernah komen kat salah satu entry blog ini dua tahun lepas
Salam Iqa,
What a nice blog. Seems improving by days. Cant help myself to jot sumthing 'ere, just to share sum thoughts with u, regarding ur exam, study and life. Exam, yes for now as a student u need to study hard to pass ur exams which come in many stages. It's still a long winding road ahead of u. There gonna be ups and downs definitely. But what matter most is, you need to have a target. Set your own target 1st. Try to visualise where u gonna be 3 years from now, then 6 years from now and maybe 9 years from now or beyond that. It is also important to decide or visualise what u gonna be as it will be some sort of aspiration or inspiration to move forward come the rains and thunders along the way in order to be successful in life. Nonetheless, success itself is a broadly defined term. It is meaningless to be so successful in current life if we fail to prepare for the after life. That after life also requires preparation or 'continuous study' for the real exam, since we dont know when it is gonna be. It will come anytime regardless of our readiness. Hence to succeed in both worlds, always be prepared for any exam! :-)
tabarakallahufiq
maassalamah..wailalliqa'
ayahsu,minalmadinaturriyadh
sepupu sepapat yang lain, ayah sue suruh kita kongsi kongsi ilmu. hehe, jom membaca!
gasak laa nak baca semua tu, hehe.
Keempat ;
Bulan malam ni cantek la.
Sebelum pulang, singgah rumah Che Ma kat Kg Rahmat. Tapi, Ayah Mat dengan Arissa je ada.
Anis dengan Alya tak pulang, di asrama.
Che Ma pula teman Kak Iylaa kat hospital.
Cepat sembuh yaa Laa! Syafakillah :)
Auww, pagi tadi hias meja belajar. Haha, tahun baru kan.. design baru laa pula. Hihi. Ringkas dan indah. XD *perasan*
Mug aspuri, kenangan yang paling manis.
Laugh+Cry+Love=Hostel Life!
s e k i a n .